in , ,

Lagu ‘Goodbye’ Nyanyian Annalé Kolaborasi MFMF Menarik Perhatian Pendengar 5 Negara

Lagu ‘Goodbye’ nyanyian penyanyi Korea- Amerika, Annalé telah mendapat tempat dihati pendengar daripada lima buah negara, Korea selatan, Amerika, Brazil, Filipina dan juga Malaysia.

Lagu ini yang dihasilkan dibawah label Mako Entertainment telah dimuat naik di YouTube pada 17 Mac yang lalu dan telah mendapat lebih 80 ribu penonton dalam masa lima hari.‘Goodbye’ merupakan lagu ‘remake’ dimana A nnalé pernah menyanyikan lagu ini dalam bahasa Korea sebelum ini dan dia ingin melahirkan kelainan pada kali ini dengan gabungan artis pelbagai negara seperti penyanyi-pelakon daripada Filipina, Iñigo Pascual, pemain gitar Brazil bertaraf antarabangsa, Mateus Asato dan juga MFMF. dari Malaysia.

MFMF. dianggotai oleh tiga orang anak muda tempatan iaitu Brendan LimJustin Seow dan Zen. Mereka mempunyai bakat yang besar dalam bidang komposisi lagu dan juga penulisan lirik. Antara hasil kerja mereka adalah lagu finalis AJL 35 ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali dimana MFMF. merupakan komposer dan penulis lirik bersama artis terkenal tanahair, Hael Husaini.

Kolaborasi kali ini bersama Annalé dan artis luar negara yang lain banyak memberi keterujaan pada MFMF. sebagaimana dinyatakan di Instagram mereka @wearemfmf, “We are very grateful and honoured to be part of this song alongside these amazing artists.” Ini merupakan kali kedua kolaborasi antarabangsa MFMF. bersama artis luar negara.

Lagu ‘Goodbye’ nyanyian Annalé, Iñigo Pascual, MFMF. dan diiringi alunan gitar Mateus Asato ini mengisahkan tentang kebaikan didalam perpisahan. Tidak semua perpisahan membawa duka dan lagu ni menyampaikan nasihat untuk tidak lagi memandang ke belakang dan teruskan kehidupan dengan hanya membawa bersama kenangan indah.

‘Goodbye’ yang mempunyai jiwa Chill-Pop ini boleh diperdengarkan melalui semua platform aliran digital termasuklah YouTube, Apple Music, iTunes, Spotify, Deezer, KKBOX dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Zikir DAMBA KETENANGAN Khai Bahar Laku Keras!

Anuar Zain Menggamit Sanubari Menerusi ‘SENDIRI’