in ,

Lagu Artifisial, Waris Bukan Sindir Ben Ladin

Waris menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya lagu terbaharu dia berjudul Artifisial DISS TRACK atau ditujukan kepada Ben Ladin.

Memetik laporan dari Mstar Online, mengatakan Waris menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya lagu terbaharu dia berjudul Artifisial ditujukan kepada Ben Ladin. Menurutnya, lagu tersebut bersifat umum dan sindiran itu kepada penyanyi baharu yang cuba menjadikan muzik hiphop ini sebagai batu loncatan untuk meraih populariti singkat.

“Ada yang komen di YouTube kata saya sindir Ben Ladin, ingin saya jelaskan maksud lagu tersebut bukan untuk penyanyi remaja itu. Saya dah kenal Ben sejak tujuh tahun lalu.

“Dia banyak belajar dengan saya dan kami dah kenal hati budi, jadi lagu itu dicipta bukan untuk menyerang dia.”

“Lagu ini merupakan sindiran terbuka untuk rapper wanna be yang tak ada bakat tapi cuba-cuba nak terjun dalam muzik ini, siapa orangnya? biarlah pendengar terus meneka!,”

Lirik lagu ciptaan Waris mempunyai maksud tersirat dan mendalam. Sementara itu, Waris meminta penyanyi baharu yang mula menceburi muzik hiphop menghormati penyanyi senior yang telah lama memperjuangkan genre ini.

Ujarnya, sikap angkuh dan sombong sesetengah daripada mereka ini hanya akan membuatkan genre tersebut menjadi rosak.

“Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong respect.”

“Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya org tak salah faham… ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.”

“Kita dulu buat muzik susah, bukan naik cara senang, kena lalu dari bawah tak boleh main belasah dan mengaku diri rapper,”

Waris mengakui bukan mudah membina nama dalam muzik hiphop.

Bercakap mengenai lagu Artifisial, Waris mengakui muzik tersebut memiliki unsur lirik yang agak kasar dan kedengaran lucah.

Bagaimanapun ia mempunyai maksud tersirat yang perlu dirungkai sendiri oleh pendengar.

“Sebelum video muzik dimainkan kita dah maklumkan bahawa ia untuk pendengar 18 tahun keatas kerana kita sedar ada sesetengah lirik bunyinya kasar.

“Tapi ia bukan berunsur lucah, sebaliknya memiliki maksud mendalam sebagai kiasan dan tidak menghina mana-mana golongan.

“Lirik berbentuk sindiran itu perkara biasa dalam muzik rap, cuma tengoklah siapa terasa. Buat masa ni belum ada yang balas lagi,”

Waris bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Balik Kampung tidak lama lagi.

Lagu Artifisial ciptaan Dj Fuzz serta lirik oleh Waris telah dimuat naik di YouTube sejak 20 Oktober lalu dan menerima lebih 300,000 tontonan di laman tersebut.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Jennie – SOLO Trending di Youtube Malaysia

AirAsia to Move Jakarta International Flights to Soekarno-Hatta Terminal 2