in

Kumpulan Phang5 Lancar Single Debut Berjudul MARAH MARAH

Kumpulan Phang5 yang terdiri dari 5 anggota ini iaitu Fariq, Amat, Dean, Fakhrul & Megat kini mengeluarkan single debut mereka berjudul Marah Marah hasi ciptaan bersama Achoi Floor 88 & vokalis kumpulan Fariq.

Memilih syarikat rakaman untuk mengetengahkan karya mereka, Phang5 kini bernaung di bawah pengurusan Rusa Music. Membawa genre pop, single Marah Marah ini merupakan pertaruhan pertama mereka untuk dikenali dan mengembangkan bakat mereka dalam pasaran muzik industri tempatan. 

Phang5

Gandingan mereka berlima ini sememangnya membuahkan hasil apabila terdahulu mereka lebih dikenali sebagai kumpulan yang menyanyikan lagu cover yang hits dari artis tempatan . 

Single Marah Marah, menceritakan tentang pasangan yang ingin mengambil hati si buah hatinya kembali, dan menjadikan ia sebagai satu percaturan menarik untuk mereka kerana perlu melakonkan lirik ni melalui jalan cerita dalam muzik video mereka yang bakal dilancarkan pada awal Ogos 2022. 

Single Marah Marah ini boleh didengarkan mulai 22 Julai 2022, di semua pelantar digital muzik dan Muzik Video di YouTube Rusa Music pada 1 Ogos 2022. 

Seperti mana single sebelum ini, diharap karya Marah Marah ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan. 

Segala info terkini boleh diketahui melalui laman instagram @phang5band , @rusamusic untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single Marah Marah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Apabila YANA & Yonnyboii Bergabung Idea Dalam Single HATI…