in , ,

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Afyaa Terus Semarakkan Industri Makanan Berfungsi Dan Kesihatan Dengan Pelancaran Dua Siri Produk Baharu

AFYAA Sdn Bhd mengembangkan lagi barisan produk sedia ada dengan pelancaran dua siri produk baharu iaitu AFYAA Sahiyya dan AFYAA Aratox dalam usaha untuk memberi manfaat yang menyeluruh menerusi peningkatan kualiti kesihatan bagi para penggunanya. 

Kedua-dua makanan berfungsi itu masing-masing diformulasi mengikut kaedah saintifik dengan manfaat serta fungsi yang berbeza dan terbukti membantu menambah baik kesihatan keseluruhan badan. AFYAA Sahiyya berfungsi untuk membantu melancarkan peredaran darah manakala AFYAA Aratox pula membantu untuk menambah baik kesihatan usus dengan menyahtoksin bahan berbahaya di dalam badan. 

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Pengasas AFYAA, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, “Istimewa produk AFYAA bukan sahaja terletak pada jenamanya yang dibangunkan di Malaysia. Ramuan-ramuan yang digunakan juga bertaraf antarabangsa dari negara moden Timur dan Barat sebagai inovasi kreatif syarikat bagi memantapkan lagi fungsi produk tersebut mengikut kajian saintifik yang dijalankan. 

Selain itu, formulasi produk AFYAA semuanya menepati ciri-ciri keselamatan dan penyesuaian bagi pengguna tempatan agar manfaatnya tidak dikompromi. Dengan trend kesedaran kesihatan yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia, produk AFYAA turut direka khas dengan rasa yang mesra pengguna dan boleh diterima oleh kebanyakan orang biasa. Oleh itu, saya berasa amat yakin bahawa produk AFYAA sama ada yang baharu atau dahulu, sentiasa diterima oleh masyarakat dalam pasaran di Malaysia.” 

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Program yang berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul ini turut menyaksikan objektif utama AFYAA yang berhasrat untuk menjadikan syarikat makanan berfungsi itu sebagai pentas utama dalam menggalakkan orang ramai untuk kekal sihat dengan gaya pemakanan yang baik. Di samping itu, AFYAA juga mahu orang ramai memanfaatkan makanan kesihatan yang diformulasi secara saintifik dan menyeluruh dalam usaha menjaga kesihatan masing-masing. 

“Kewujudan AFYAA dalam industri makanan berfungsi bukan sahaja menghasilkan produk kesihatan semata-mata. Kami di sini mempunyai aspirasi yang nyata lebih dari kesihatan iaitu menjadikan AFYAA sebagai rutin harian setiap pengguna yang berkonsepkan halal sebagai teras utama. Selain sihat, kami menekankan nilai halal kerana ia merupakan satu tuntutan bagi semua pengguna yang beragama Islam. Halal juga bersifat universal yang perlu diamalkan oleh setiap individu kerana perkara yang perlu difahami dalam konsepnya adalah kebersihan dan keyakinan apabila ingin mengambil sesuatu. Itulah AFYAA,” kata Dr. Sheikh Muszaphar. 

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Konsep halal turut diseimbangkan lagi dengan sains. Justeru, jenama AFYAA diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Pakar Perunding Kardiologi, Dr. Haizal Haron Kamar yang akan membantu memacu hala tuju syarikat makanan berfungsi itu. Kehadiran beliau akan mengembangkan lagi pasaran AFYAA di dalam dan luar negara susulan kepakaran perubatan yang digalas dalam menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan kesihatan menurut pengetahuan sains. 

“Dr. Haizal merupakan seorang pakar kardiologi yang baru sahaja kami lantik sebagai perunding di AFYAA. AFYAA dibangunkan secara menyeluruh dan dinamik, iaitu berlandaskan sains dan halal bagi mencapai keseimbangan. Apa yang penting, AFYAA akan terus berusaha untuk bangkit sebagai pemain industri yang menitikberatkan kualiti jenama dari pelbagai sudut,” tambah Dr. Sheikh Muszaphar lagi. 

Selaku Pengasas AFYAA, Dr. Sheikh Muszaphar mengingatkan orang ramai agar sentiasa memanfaatkan kesihatan yang ada sekarang demi masa depan yang lebih berkualiti. “Saya harap setiap individu tidak lelah untuk menjaga kesihatan kerana ia merupakan nikmat yang terindah dalam hidup kita. Sentiasa ingat bahawa kesihatan akan bersama kita sekiranya kita bijak mengekalkan kualitinya.” 

AFYAA Lancar Sahiyya & Aratox, Dua Siri Produk Baharu Untuk Kesihatan

Mengenai AFYAA 

AFYAA merupakan syarikat makanan berfungsi dengan objektif untuk menggalakkan hidup secara sihat, kerana penjagaan kesihatan merupakan salah satu Jihad menurut Islam. Di sebalik konsep kesihatan, AFYAA berasal dari istilah Bahasa Arab yang membawa maksud bebas daripada apa jua penyakit. Kami amat prihatin dengan kesejahteraan setiap individu dan atas sebab itulah kami mahu menyuntik idea menghargai kesihatan, iaitu aset yang paling berharga dalam kehidupan. 

Matlamat kami berpaksikan penyemaian budaya yang menyaksikan para pengguna akan terus menghargai kesihatan sebagai harta paling bernilai yang dikurniakan sejak awal kehidupan. Diinspirasi oleh idea untuk mengamalkan gaya hidup sihat, AFYAA mempunyai matlamat untuk membekalkan pengguna dengan kaedah terbaik dalam menjaga kesihatan menerusi ramuan Sunnah seperti yang digalakkan dalam Islam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Here’s How the Most Premium TV Is Going to Make Your Living Space As Stylish As You

Kumpulan Phang5 Lancar Single Debut Berjudul MARAH MARAH