Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Kumpulan Nasyid Dzil Afnan Buat Comeback Lancar Single BAHAGIA SEJATI

Kumpulan Dzil Afnan masih belum dikenali ramai, biarpun sudah bertapak dalam industri muzik nasyid sejak 15 tahun lalu.

Nasib untung mereka dalam industri nasyid jauh terpinggir, namun berputus asa bukanlah prinsip empat sekawan yang menganggotai Dzil Afnan. Dzil Afnan dianggotai Mohd Amin Ismail, Mohd Taufiq Abdullah, Mohd Ridzuan Azuzan dan Wan Amiruddin Wan Ismail. Kumpulan yang berasal dari utara tanah air ini ditubuhkan sejak 2005 dan memiliki album berjudul Langkah Pertama.

Walaupun album pertama kurang menyengat, namun Dzil Afnan bangkit merangka strategi dengan menghasilkan single terbaru berjudul Bahagia Sejati. Lebih bermakna mereka berkolaborasi dengan Hazamin Inteam menerusi single ciptaan Amin Inteam dan Wan Saleh. Lirik pula ditulis oleh Ito Lara.

Kumpulan Nasyid Dzil Afnan Buat Comeback Lancar Single BAHAGIA SEJATI

Ketua kumpulan, Mohd Ridzuan berkata, mereka bersyukur dengan penghasilan single baharu sebagai tanda kemunculan semula Dzil Afnan.

“Ia dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan Hazamin sebagai rakan duet. Kami terharu anggota nasyid popular itu tidak memandang kami sebelah mata, biarpun kami sudah lama menyepi dan jauh ketinggalan.

“Rakaman single Bahagia Sejati ini dilakukan di Studio Inteam dengan menggunakan khidmat Wan Saleh sebagai penyusun muzik dan Shah Slam selaku pemain gitar utama.

“Diakui, kami mengambil masa berbelas tahun untuk menghasilkan single terbaharu, tetapi akhirnya berjaya dilaksanakan juga,”

– Mohd Ridzuan

Mengulas maksud nama Dzil Afnan, Mohd Taufiq berkata, ia bermaksud seni memiliki kesenian yang tinggi.

Kumpulan Nasyid Dzil Afnan

“Tak kira genre muzik apa sekali pun, kesenian tetap ada dan perlu terpelihara.

“Kami ingin menjadi sebahagian warga seni, jadi nama Dzil Afnan paling tepat untuk dipilih,” katanya.

– Mohd Ridzuan

Selain itu, Wan Amiruddin berkata, video muzik Bahagia Sejati menampilkan pelakon berpengalaman, Shamsul Ghau Ghau, Hazamin dan Dzil Afnan.

“Video muzik single ini memaparkan kisah orang kaya yang sibuk dengan kerjaya, namun tidak merasai kebahagiaan hati. Akhirnya, mendapat pengajaran apabila melihat ketenangan hidup peniaga kecil.

“Kami berterima kasih Shamsul yang sudi memegang watak utama dalam video muzik ini. Beliau turut membantu mempromosikan single Bahagia Sejati,”

– Wan Amiruddin

Sementara itu, Hazamin menyifatkan kerjasama bersama Dzil Afnan sebagai tanggungjawab dan amanah untuk membantu kumpulan nasyid yang ingin meningkatkan kualiti penerbitan lagu mereka.

“Dzil Afnan sedia untuk belajar dan terus menghasilkan karya baru yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Saya juga terharu dalam ramai penyanyi nasyid, mereka pilih saya sebagai rakan duet. Semoga kemunculan semula Dzil Afnan ini disambut baik penggemar muzik,”

– Hazamin

Dzil Afnan turut melancarkan pertandingan Bahagia Sejati Cover Challenge iaitu nyanyian semula single berkenaan di media sosial. Mereka menawarkan hadiah utama wang tunai RM300 dan penginapan di sebuah homestay di Cameron Highland.

Single Bahagia Sejati dilancarkan pada 7 Ogos lalu menerusi laman Youtube Inteam Digital. Sehingga kini, sudah melebihi 40,000 tontonan.

Sumber: BH Online

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version