in

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Perak di Dumai National Choir Festival, Indonesia

KOTA DUMAI-RIAU, INDONESIA, 10 September 2017 – Pada minggu lepas, Dumai Choral Society telah menganjurkan pertandingan koir peringkat nasional atau dikenali sebagai “Dumai National Choir Festival 2017” (DNCF2017) pada 8 hingga 10 September 2017 telah berlangsung di Comforta Hotel, Dumai, Indonesia. Negara Indonesia sememang dikenali antara negara yang paling banyak menganjurkan festival koir samada peringkat nasional serta internasional.

Kumpulan artistik dan panitia DNCF 2017 dengan sukacita telah menjemput kumpulan El Coro Ensemble daripada Malaysia bagi memeriahkan lagi festival koir DNCF 2017 yang kali pertama dianjurkan bagi memupuk semangat serumpun dan mengeratkan silaturahim antara negara Indonesia dan Malaysia.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia

Kumpulan El Coro Ensemble Daripada Malaysia Telah Memenangi Pingat Perak Di Dumai National Choir Festival, Indonesia (DNCF2017).

Kumpulan El Coro Ensemble telah ditubuhkan pada awal bulan Jun 2017 yang diketuai oleh saudara Mohamad Azrin Bin Hj Mohd Noor. Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang ahli yang mempunyai latar belakang muzik (Seni Suara /Vokal) dari institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dalam tempoh masa yang singkat kumpulan El Coro Ensemble telah berjaya meraih pingat Perak dalam kategori “Vocal Group”.

Terdapat tujuh (7) kategori yang telah dipertandingkan seperti “Children’s Choir Category”, “Teenager’s Choir Category”, “Folklore’s Category”, “Youth’s Choir Category”, “Male/Female Choir Category”, “Mixed Choir Category”, dan “Vocal Group”. Selain pertandingan koir, terdapat juga program berbentuk pendidikan seperti “Bengkel Koir” dan “Sesi Perjumpaan bersama Para Juri” (Meet & Greet Session) juga telah diadakan.

Kumpulan El Coro Ensemble telah mendapat sambutan dan layanan yang sangat baik daripada pihak penganjur, pihak panitia dan para peserta malahan kami juga telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada acara pembukaan dan juga acara penutup.

Kami juga sangat berbangga kerana para juri yang terlibat pada pertandingan kali ini adalah merupakan nama-nama terkenal di dalam dunia koir bukan sahaja di peringkat Indonesia tetapi juga peringkat antarabangsa seperti Agustinus Bambang Jusana, Budi Susanto Yohanes, Aning Katamsi, Roni Sugiarto dan Ken Steven.

Walaupun kumpulan kami telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum pertandingan berlangsung, kumpulan kami telah membuktikan kebolehan serta keupayaan kami dengan percubaan berani bersaing di luar negara dengan pencapaian yang sangat baik biarpun bergerak secara sendiri demi mempertabatkan bakat-bakat muzik daripada Malaysia di mata dunia.

Pertandingan ini merupakan satu peluang yang cukup baik bagi kami untuk terus mengikuti pertandingan koir yang akan datang samada di dalam mahupun luar negara. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Dekoder TV Digital MYTV Dilanjutkan dengan Harga RM199

Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4 Mendaki Ke Bumbung Dunia