in

Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4 Mendaki Ke Bumbung Dunia

Zahariz Khuzaimah ialah seorang pengembara Malaysia, jurugambar dan pembuat filem yang meninggalkan kehidupan rutin menjelajah dunia untuk mencari pengalaman hidup. Bermula saat tekadnya mahu keluar dari zon selesa, dia memulakan kehidupan berbasikal di jalanan dan melihat dunia abad ke-21 dari mata kaca seorang nomad.

TV AlHijrah melihat pengembaraan dan semangat luar biasa Zahariz ini sebagai satu kelainan lantas menyiarkan sebuah rancangan dengan judul DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH.

Zahariz Khuzaimah dalam Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4

DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH kini telah berjaya disiarkan selama 3 musim siaran.

• Pada musim pertama, Zahariz berjaya mengembara melalui Dataran Tinggi Tibet, Himalaya, Gurun Taklamakan, Tian Shan dan Pergunungan Pamir di Asia Tengah. Beliau mengakhiri perjalanannya di Kyrgyzstan, sebuah negara kecil yang indah di pergunungan di Asia Tengah pada 7700 km dan serta-merta jatuh cinta dengan negara ini, dan juga seorang wanita di sana.

• Pada musim kedua, dengan judul Hidupku Seorang Nomad, Zahariz memulakan pengembaraan dengan basikal ke Mongolia merentasi tanah pasir di Gurun Gobi sehingga ke kawasan salji di Pergunungan Altai yang penuh dengan cabaran tetapi, dihiasi pemandangan indah ciptaan tuhan yang sungguh menarik.

• Musim ketiga, Zahariz mencipta kelainan dengan memaparkan pengembaraannya di bumi Kyrgyz. Apa yang menarik, disebabkan salji tebal telah menelimuti bumi Kyrgyz, Zahariz memutuskan untuk tidak berbasikal sebaliknya memulakan pengembaraannya dengan menggunakan ski.

Sesi Fotografi Berkumpulan

Terbaru, atas permintaan dan respon baik penonton yang mahu melihat dunia menerusi perjalanan Zahariz, buat pertama kali Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan TV AlHijrah menjalin kerjasama bagi menjayakan musim terbaru DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4) : MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA. Rancangan ini akan disiarkan di TV AlHijrah mulai 25 SEPTEMBER 2017, SETIAP ISNIN JAM 6.30 PETANG selama 10 EPISOD SIARAN.

DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4): MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA merupakan sebuah kembara berani Zahariz berbasikal menyeberangi pergunungan Himalaya merakamkan setiap momen indah serta kejadian alam khas untuk tontonan penonton setia TV AlHijrah.

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah sewaktu Majlis Sidang Media Pelancaran rancangan Jelajah Wakaf & Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4

Pergunungan Himalaya sangat istimewa buat Zahariz. Ini kerana, pada pergunungan inilah terletaknya puncak – puncak gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest dan Gunung Kanchenjunga. Perjalanan beliau kali ini akan akan melewati tiga negara iaitu India, Bhutan dan Nepal.

Menariknya dalam musim keempat pengembaraan berbasikal solo ini, Zahariz bukan sahaja ingin berkongsi pengalaman menawan Himalaya bersama penonton, beliau turut mahu menyingkap kisah puak Sherpa, puak yang layak dianggap hero pendaki-pendaki Everest walau kisah mereka jarang sekali diketengahkan media.

Poster

Puak Sherpa adalah suku kaum di Himalaya yang yang bermigrasi dari Tibet sekitar lima abad lalu. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan pendaki-pendaki gunung Everest selama ini termasuk lelaki pertama yang didakwa berjaya menawan gunung ini iaitu Sir Edmund Hillary.

Zahariz Khuzaimah sewaktu Sidang Media Majlis Pelancaran Rancangan Jelajah Wakaf & Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4

Saksikan bagaimana Zahariz mendalami kehidupan puak Sherpa yang terkenal dengan kekuatan dan kebijaksanaan mereka sebagai pembawa barangan berat dan penunjuk arah bagi pendaki Everest. Disamping itu, beliau akan berkampung di pergunungan Himalaya dan mendekati masyarakat tempatan, mempelajari budaya dan bahasa serta cara hidup mereka.

Jadi, jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4) : MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA hanya di TV AlHijrah bagi berkongsi pengalaman hidup Zahariz di Himalaya, berinteraksi dengan penduduk tempatan, mempelajari secara personal rutin dan kehidupan mereka, dan pelbagai rakaman landskap menarik yang cuba ditonjolkan beliau.

Selain Astro (Saluran 114) rancangan ini boleh juga ditonton menerusi HyppTV (Saluran 114), Njoi (Saluran 114), MYTV (Saluran 104) dan juga ‘Live Streaming’ di laman sesawang alhijrahmedia.com

tTemui Zahariz Khuzaimah dalam DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4)  -Mendaki Ke Bumbung Dunia

Sewaktu Sidang Media Majlis Pelancaran Program Jelajah Wakaf & Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4

Majlis Pelancaran Rancangan Dengan Basikal Aku Menjelajah Musim 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Perak di Dumai National Choir Festival, Indonesia

Filem SWADES Lakonan Shah Rukh Khan di TV2