in

Kumpulan Duo Hanarose Bakal Lancar Single GIRLFRIEND

HANAROSE adalah kumpulan, duo dianggotai EKA dan ISYA, di bawah naungan label Godzilla Boombox milik Cat Farish, dipromosi dan diedarkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Hanarose bermaksud bunga Rose, terciptanya nama Hanarose adalah daripada bahsa jepun iaitu “Hana” bermaksud bunga dan digabungkan dengan Mawar atau lebih dikenali Rose. Nama Hanarose (Bunga Mawar) dipilih kerana ‘Rose’ sinonim dengan wanita yang mempunyai pelbagai jenis warna, juga setiap warna mempunyai maksud-maksud tersendiri,begitu juga dengan genre kumpulan Hanarose yang membawa konsep Pop, Balada dan RnB.

EKA menceburi bidang seni sejak berumur 5 tahun dan mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian pada umur 16 tahun, beliau juga pernah melibatkan diri dalam program realiti TV, Akademi Fantasia musim yang ke 9.

ISYA, berkelulusan sijil daripada Akademi Muzik Belia, juga pernah menyertai ‘realiti program’ RTM TV1 iaitu i-klon sebuah rancangan terbitan Dato Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert ROSSA di Pahang,serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan.

Untuk permulaan dan pengenalan kepada peminat seni suara, Hanarose bakal melancarkan sebuah single pertama mereka berjudul Girlfriend, sebuah lagu ciptaan Datuk M.Nasir yang chicky, senang difahami dan mesra pendengar.

Hanarose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim Ahmad di Akustik Ramlee Muzikal Khas Mengenang P.Ramlee

Sinopsis Drama Bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah