in ,

Kumpulan Al-Maqari’ Juara Program Akhir Pentas Marhaban TV AlHijrah

Tahniah buat Kumpulan Al-Maqari yang menepati ramalan apabila diumumkan juara Pentas Marhaban TV AlHijrah yang berlangsung malam semalam.

Kumpulan Al-Maqari’ dinobatkan sebagai juara program akhir Pentas Marhaban selepas tampil dengan persembahan memukau yang disiarkan secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu gus mengetepikan pesaing terdekatnya iaitu Qalbun Hadi, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Qalbun Hadi dinobatkan sebagai naib juara dengan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.

Sementara itu, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq meraih hadiah sagu hati dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

Tugasan Pentas Marhaban akhir dibahagikan kepada tiga kategori iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.

Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Program yang diadakan buat julung kali itu dikendalikan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kepimpinan E-Dagang Shopee Pacu Jualan Keterangkuman Ekonomi

ELLA

Orang Penang Rock, Ulasan Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota di Penang