in ,

Kucu Kuca Versi Sheryl Shazwanie Dipuji Netizen Macam Nyanyi Lagu Sendiri

Lagu berjudul Kucu Kuca yang dilancarkan menerusi YouTube pada Mac lalu mengundang perhatian ramai terhadap penyanyi baharu, Lia Aziz.

Nyanyian daripada penyanyi berusia 18 tahun ini yang mana lagu Kucu Kuca yang dijadikan OST sebuah drama popular, Rindu Awak Separuh Nyawa menerima sambutan baik pendengar apabila lagu tersebut bermain-main di fikiran.

Walau bagaimanapun, lagu Kucu Kuca di ruangan YouTube telah berjaya mendapat lapan juta tontonan meskipun 4 bulan lalu dikongsikan muzik rasmi Kucu Kuca.

Namun begitu, Kucu Kuca yang menjadi salah sebuah lagu pilihan ramai itu telah membuatkan beberapa selebriti telah membuat cover dan antaranya merupakan penyanyi, Sheryl Shazwanie.

Nyanyian lagu Kucu Kuca daripada Sheryl Shazwanie nampaknya tidak mengecewakan buat peminatnya sekali gus menerima pelbagai pujian dan respon- respon positif ramai.

“Yeay, comelnya dia. Dapnya merdu kakak kita ni nyanyi…”

Video yang dimuat naik itu telah ditonton oleh pengguna YouTube ribuan kali berserta ditinggalkan menerusi ruangan komen puluhan reaksi yang memberikan pujian terhadap nyanyian Kucu Kuca itu dimana dikatakan seperti selebriti ini menyanyikan lagunya sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Dua Tahun Berpisah, Penjaga Positif COVID-19,” Vicha Saywho Risau Anak-Anak Di Indonesia

Tak Berani Keluar Rumah, Zizan Razak Trauma 24 Ahli Keluarga Positif COVID-19