in ,

“Dua Tahun Berpisah, Penjaga Positif COVID-19,” Vicha Saywho Risau Anak-Anak Di Indonesia

Pelawak daripada kumpulan Saywho, Vicha akui dirinya bertambah rungsing memikirkan keadaan anak-anaknya yang berada di Indonesia sehingga jatuh sakit.

Vicha yang sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu berkata, dia berasa risau mengenangkan ketiga-tiga anaknya yang berada di tanah air seberang tambahan penjaga mereka telah dijangkiti COVID-19.

Meskipun terpaksa akur meninggalkan cahaya matanya iaitu Aurael Angelina Kheyza, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista kerana ingin mencari rezeki di Malaysia, dia sangat rindukan mereka di sana.

"Dua Tahun Berpisah, Penjaga Positif COVID-19," Vicha Saywho Risau Anak-Anak Di Indonesia

Dua tahun saya tak dapat jumpa anak-anak di Indonesia..bulan lalu pula, saya dapat tahu keluarga yang menjada mereka telah dijangkiti COVID-19. Alhamdulillah anak-anak tak kena. Setiap hari memikirkan keadaan mereka. Kali terakhir saya balik jumpa anak-anak pada Mac 2019 sebelum Malaysia laksanakan PKP.

Vicha dalam pada itu turut memaklumkan bahawa dia sentiasa menghubungi ketiga-tiga anaknya itu melalui panggilan telefon dan video.

"Dua Tahun Berpisah, Penjaga Positif COVID-19," Vicha Saywho Risau Anak-Anak Di Indonesia

Terdahulu, pelawak wanita itu ada berkongsikan keadaan terkini di mana dia telah diserang penyakit gastrik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah, semalam.

Selain gastrik, Vicha memaklumkan bahawa dia turut mengalami masalah kekurangan darah merah dan kini hanya perlu bergantung pada ubat-ubatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ditangguh Lagi, Sebutan Semula Kes Neelofa & PU Riz Ditunda

Kucu Kuca Versi Sheryl Shazwanie Dipuji Netizen Macam Nyanyi Lagu Sendiri