in ,

Kuch Kuch Hota Hai Pecah Rating Penonton Paling Tinggi

KUCH KUCH HOTA HAI PECAH RATING PANGGUNG SABTU

Siapa sangka filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang diberi gelaran Golden Couple in Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood tempatan apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi hampir 3 juta (12.9 TVR) atau 57.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Baru sahaja ditayangkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada 12 Februari lalu, filem Kuch Kuch Hota Hai terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee di dalam filem hindi box office tahun 1998 ini.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Walaupun sudah 14 tahun sejak ia mula ditayangkan di layar perak, para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya hingga ke hari ini. Ternyata lagak Anjali yang pada mulanya tomboy tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua yang pernah menonton filem blockbuster India arahan pengarah tersohor, Karan Johar ini.”

“Sehubungan itu, pihak kami memutuskan untuk menyiarkan semula filem ini yang bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan tetapi juga mengetengahkan nilai murni persahabatan dan kekeluargaan bersesuaian dengan citarasa para penonton setia slot Panggung Sabtu. Kami amat bersyukur kerana taruhan kali ini ternyata membuahkan hasil dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dalam usaha kami untuk terus menyajikan rancangan dan pengisian yang terbaik kepada semua.”

Kuch-Kuch-Hota-Hai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memey Suhaiza Mengidap Amnesia?

AirAsia’s First Big Sale for 2012