in

KRU Studios Lancar Muzik Video Lagu Kerek

Kolaborasi terbaru antara KRU Studios dengan kumpulan rock popular Amuk telah berjaya menghasilkan sebuah lagu yang diberi judul “KEREK”. “Kerek” adalah bahasa pasar merujuk kepada orang yang sombong dan berlagak.

PETIKAN VIDEO MUZIK LAGU KEREK

Lagu “Kerek” merupakan lagu tema bagi filem terbaru keluaran KRU Studios iaitu filem seram pertama arahan Yusry Abdul Halim. Filem “Karak” ini dibintangi oleh anak-anak muda yang berpotensi untuk berkembang jauh di bidang lakonan seperti Shahir AF8, Shera Ayob, KilaFairy dan ramai lagi.

Bandi Amuk

Lagu bergenre heavy rock ini sememangnya dicipta khas oleh Edry Abdul Halim untuk dinyanyikan oleh Amuk. “Bersesuaian dengan rentak yang agak keras dan rock serta liriknya yang penuh dengan attitude, hanya Amuk yang boleh membawakan dengan gayanya yang tersendiri,” menurut Edry.

Lagu ini menceritakan mengenai keegoan seseorang yang merasakan dirinya berkuasa dan banyak pengalaman serta memberi amaran kepada orang baru supaya jangan besar kepala. Peringatan orang lama kepada orang baru “Jangan lawan tuan.”

Bandi Amuk

Bandi Amuk

Walaupun ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan Amuk bersama KRU Studios, “Pihak kami amat berterima kasih kepada Amuk kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam segala urusan dari awal pembikinan lagu “Kerek” sehinggalah penggambaran klip video “Kerek” serta urusan promosi lagu ini,” menurut KC Ismail, VP Music & Media KRU Studios.

Bagi melancarkan urusan promosi lagu “Kerek,” pada 9hb Februari 2011 yang lalu telah dijalankan penggambaran klip video “Kerek” yang memaparkan Amuk sebagai boneka hidup, konsepnya amat berlainan daripada klip video kumpulan Amuk sebelum ini. Ianya juga akan diselitkan sedikit klip-klip daripada filem Karak.

Lagu “Kerek” telah pun dimainkan di stesen-stesen radio tempatan dan dijangka bakal menjadi sebuah lagu hit yang bakal menambat hati peminat-peminat rock dan peminat setia kumpulan Amuk. Bak kata Amuk “Lu jangan kerek sama gua!”… Selamat mendengar.

Bandi Amuk

Bandi Amuk

Bandi Amuk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Altitude X Launching

Dokumentari STANZA di TV9