in , ,

Kontroversi Masalah Sikap, Irene Red Velvet Hilang 20,000 Pengikut di Instagram

GARA-GARA kontroversi sikap buruk membabitkan penyanyi Irene Red Velvet, bintang popular ini dilaporkan kehilangan ramai pengikut di laman Instagram.

Baru-baru ini bilangan pengikut Instagram Irene atau nama sebenar Bae Joo-hyun dari kumpulan Red Velvet mengalami penurunan yang besar apabila dikaitkan dengan kontroversi mempunyai masalah sikap yang buruk. Irene pada awalnya mempunyai sekitar 7.82 juta pengikut di Instagram telah kehilangan hampir 20,000 pengikut hanya dalam masa satu hari selepas kontroversinya tersebar.

Irene Red Velvet

Kontroversi terjadi apabila seorang penata gaya dan editor mendedahkan sikap buruk Irene dan rata-rata golongan profesional dalam industri hiburan sama ada menyokong atau membantahnya dengan cerita mereka sendiri. Sebelum ini juga, Irene turut dikaitkan dengan isu yang sama apabila seorang jurugaya mendedahkan tingkah laku Irene sepanjang mereka bekerjasama.

Walaupun begitu, warganet mempunyai pendapat dan reaksi yang berbeza mengenai kes ini yang mana sebahagian peminat tidak mampu menerima dan akhirnya memutuskan untuk tidak mengikuti bintang ini lagi.

Irene Red Velvet

Kontroversi itu telah tersebar luas sehingga memaksa Irene memuat naik permintaan maaf di laman akaun Instagramnya termasuk pihak pengurusan SM Entertainment. Dipercayai idola tersebut turut bersua muka dengan mangsa untuk meminta maaf atas tindakannya namun begitu kontroversi itu tetap membawa kerosakkan besar pada imejnya.

Walaupun SM Entertainment mengeluarkan pernyataan rasmi dan merasa bertanggungjawab atas kejadian ini, pihaknya tidak dapat menghentikan komen negatif dan kebencian peminat terhadap anggota yang lain termasuklah Joy Red Velvet.

Selepas terjadinya kejadian tersebut, warganet menemukan banyak komen berunsur kebencian ditinggalkan di akaun Instagram peribadi milik Joy. Dipercayai peminat mengisi penuh ruang komen seperti mengatakan Joy juga pernah bersikap kasar terhadap anggota staf dan menasihati agar menjaga tingkah lakunya jika tidak ingin menjadi seperti Irene.

Irene Red Velvet

Berikutan kontroversi itu, Red Velvet membatalkan online fanmeeting buat peminat mereka, Reveluv dan kedai-kedai kosmetik juga telah menurunkan foto model CLINIQUE milik Irene.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Telemovie Khas Maulidur Rasul 2020 Yang Ditayangkan di RTM

Dua Rookie Tumpaskan Idol Mereka, Aisha Retno Muncul Sebagai Rookie Star Pertama!