in , ,

Dua Rookie Tumpaskan Idol Mereka, Aisha Retno Muncul Sebagai Rookie Star Pertama!

Konsert pertama Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah malam tadi menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Aisha Retno, Tuah Adzmi, Alif Kadim dan Wafariena.

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan gandingan Aisha Retno dan Tomok. Kedua-duanya dilihat memberi persembahan yang baik namun dalam pusingan battle, juri lebih memihak kepada Aisha.

Manakala bagi persembahan kedua, Lan Solo telah dipilih sebagai pemenang menentang Wafariena. Bagaimanapun, idol sekali lagi dipilih sebagai pemenang apabila Indah Ruhaila berjaya memukau juri dan menewaskan Tuah Adzmi.

Namun, apa yang memeranjatkan, persaingan sengit menyaksikan Aina Abdul tewas di tangan Alif Kadim. 

Konsert pertama menyaksikan Aisha Retno meraih anugerah ‘Rookie Star Award’. 

VOKAL MANIA MINGGU PERTAMA

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:

Kedudukan Idol

VOKAL MANIA MINGGU PERTAMA

#1 Aina Abdul

Yusry : It’s a tough fight! Mulanya saya ingat siapa rookie yang berani nak cabar Aina Abdul ni, rupa-rupanya rookie bukan calang-calang rookie lah.

Misha Omar ish battle will be longer. Kalau ada pun, minus point. Untuk Alif, too comfortable pun it’s not good kan, sebab nanti dia hilang pengertian lagu tu. Untuk Aina, bila genre bertukar antara dangdut tu, dangdut dia mesti ada sweetnessAccent dangdut dari segi whole package you masih masih malu-malu. Tapi dalam pengertian dangdut tu lah, bila ke part battling semua dah okay, coz’ its you. Tapi yang battle ni saya rasa susah. Kalau minus point pun sikit-sikit saja. 

VOKAL MANIA MINGGU PERTAMA

#2 Lan Solo

Misha Omar : You’re ready for it. Nampak sangat awak tak nak bagi ‘can’ pada rookie. Tapi saya nak tegur sikitlah, Lan pun ada cakap kat Kak Mitch, Lan dah lama tak menyanyi kan, bila dia pegi ke tengah dan ke atas, jangan bunyi heavy sebab dia dah start bunyi heavy. Takut nanti bila you nyanyi tinggi-tinggi dia dah takde rasa dah. 

Yusry : Persembahan Lan macam Vanilla. Dah pernah tengok dah. Tak ada outstanding. Bukan tak sedap, tapi tiada kelainan. 

VOKAL MANIA MINGGU PERTAMA

#3 Indah Ruhaila

Solo: Hanya Satu

Battle vs Tuah Adzmi: Dirgahayu

Misha Omar : Kak Mitch nampak kematangan dalam your rendition. Dan memang betul status mereka, 1 rookie dan 1 idol. 

#4 Tomok 

Solo: Di Pintu Syurga

Battle vs Aisha Retno: Jangan Kau Mimpi

Yusry : Tomok, saya rasa awak boleh bawa. Boleh tinggi lagi sebab saya rasa, dia boleh bawa, boleh naik lagi supaya nampak dia punya projection lebih jauh lagi. 

Misha Omar : Sebenarnya kami para juri tak puas hati dengan Tomok. Sebab kami rasa Tomok terlalu play safe untuk minggu yang pertama. Kalau saya tengok persembahan tadi, dia lebih kepada macam artis undangan tadi. Kena ambil risiko lagi, kena lebih daring lagi. 

Kedudukan Rookie

#1 Aisha Retno

Solo: Getaran Jiwa

Yusry : Aisyah, You give a good start untuk our show. But, bahagian RnB awak kena adapt to the musicBut overall were still a fresh performance

Misha Omar : Macam Aisha kita nampaklah macam nak cabar Tomok kat sebelah. Somehow, dia nak jadi balance lah… 

VOKAL MANIA MINGGU PERTAMA

#2 Tuah Adzmi

Solo: Revolusi

Battle vs Indah Ruhaila: Dirgahayu

Battle vs Tomok: Jangan Kau Mimpi

Misha Omar : Kak Mitch rasa ini pertama kali kita bersua dan ini kali pertama dengar suara Tuah. Tuah because you’re still young, pengertian lirik masih perlu digali… and dari segi kematangan, membawakan lagu solo macam Revolusi tadi, nampak macam baik sangat. Sedangkan Revolusi memerlukan semangat yang berkobar-kobar, mungkin lebih daring lagi.   

#3 Alif Kadim

Solo: Jampi

Battle vs Aina Abdul: Takkan Terlerai

Yusry : It’s a tough fight! Mulanya saya ingat siapa rookie yang berani nak cabar Aina Abdul ni, rupa-rupanya rookie bukan calang-calang rookie lah. Gila lah! Pasal saya rasa point saya pun dekat-dekat ni. Tak sangka rookie boleh cabar Aina Abdul kan? Saya rasa Aina Abdul punya fan ramai diluar sana, saya akan kena kecam, tapi saya pilih rookie menang! 

Misha Omar : Minus point, for you Alif, too comfortable, it’s not goodWhen you too comfortable with the song dia hilang pengertian lirik dan maksud lagu tu. Because you look too comfortable pun kita tak tahu apa rasanya.

#4 Wafariena

Solo: Aku Bidadari Syurgamu

Battle vs Lan Solo: Kita Insan Biasa

Misha Omar : Untuk Wafa, saya tertarik sekali dengan tone suara awak. Awak mempunyai ton suara yang sedap. Memang sebelum ni nak jadi penyanyi dulu ke atau… Sebenarnya di atas pentas nyanyian, kita juga mempunyai watak. Jadi waktu awak masuk tadi seharusnya awak, dah ada watak superstar yang nak mempersembahakan karya yang nak dipersembahkan. So, bila muzik main je, you dalam karakter jugak so, sebenarnya antara nyanyian dan juga lakonan memang link towards each other okay. And, jaga-jaga dinamik. Daripada bunyi yang kecil kepada bunyi yang besar dia kena sekata, dia bukan naik sikit, tiba-tiba tajam dihujung. Dinamik you tadi sikit je nak kena repair okay! 

Selain itu, dinilaikan 70% daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/vokalmania dan 30% daripada Juri Tetap, Aisha Retno turut memenangi Rookie Star Award yang pertama. Pada konsert itu juga, Alif Kadim berbekalkan suara dan bakat besarnya, menumpaskan Aina Abdul ketika persembahan duet mereka. Keputusan Juri Tetap, Yusry Abdul Halim itu dianggap tidak adil oleh warganet, namun Yusry telah  bersedia untuk dikecam daripada peminat-peminat Aina Abdul atas keputusannya pada pusingan itu.

Menurut Juri Tetap, Yusry Abdul Halim, “Pertarungan antara Aina Abdul dan Alif Kadim adalah satu pertarungan yang sengit. Perbalahan saya dan Misha Omar berlarutan sehingga selesai bersiaran. Ia adalah kerana, pada asalnya Misha lebih menggemari persembahan Aina Abdul, namun setelah kami berbincang secara menyeluruh, kami bersepakat untuk memilih Alif Kadim sebagai pemenang atas pelbagai aspek. ‘Stage presence’ dan keyakinan Alif memang lebih terasa, sebelum Aina mula ‘belting’ dengan nada tingginya. Oleh itu, pertarungan mereka itu seperti antara dua professional, dan ianya amat sukar untuk kami buat keputusan.”

Dua Idol lain, Lan Solo dan Indah Ruhaila pula berjaya menewaskan Rookie yang mencabar mereka, Wafariena dan Tuah Adzmi. Berikut adalah senarai persembahan konsert tersebut:

PenyanyiStatusLaguPemenang
Aisha RetnoRookieGetaran Jiwa  Aisha Retno
TomokIdolDi Pintu Syurga
Aisha Retno VS TomokRookie VS IdolJangan Kau Mimpi
WafarienaRookieAku Bidadari Syurgamu  Lan Solo
Lan SoloIdolBujang Senang
Wafariena VS Lan SoloRookie VS IdolKita Insan Biasa
Tuah AdzmiRookieRevolusi  Indah Ruhaila
Indah RuhailaIdolHanya Satu
Tuah Adzmi VS Indah RuhailaRookie VS IdolDirgahayu
Alif KadimRookieJampi  Alif Kadim
Aina AbdulIdolKelip2
Alif Kadim VS Aina AbdulRookie VS IdolTakkan Terlerai

Ulangan konsert pertama Vokal Mania boleh ditonton di YouTube TV3Malaysia: https://www.youtube.com/watch?v=O-ISQOKKD1M

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookieuntuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap. 

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.

Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa”dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Nantikan episod kedua Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 31 Oktober nanti. Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Nuha Bahrin, Daniesh Suffian, Razak A’ai dan Fiera? Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3! Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kontroversi Masalah Sikap, Irene Red Velvet Hilang 20,000 Pengikut di Instagram

Kempen Take Your Cat To The Vet Kembali Dengan Sokongan Jabatan Perkhidmatan Veterinar