in

Kontroversi Aeril Zafrel Disifatkan Tidak Ada Otak Oleh David Teo

[dropcap]E[/dropcap]koran kenyataan pelakon muda, Aeril Zafrel baru-baru ini yang merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir staf MIG, penerbit David Teo tampil memberi kenyataan balas.

David menganggap Ariel juga mana-mana bekas artis naungan Metrowealth International Group (MIG) yang mengutuk pengurusan syarikatnya disifatkan sebagai ‘tidak ada otak’.

Malahan Ketua Pegawai Eksekutif MIG itu berasa pelik apabila sebilangan kecil bekas artis MIG sering mengkritik cara pengurusan syarikatnya yang kononnya penuh dengan mainan politik sedangkan artis-artis lain MIG hampir kesemuanya berjaya dalam industri seni tempatan.

David Teo

“Pada pendapat saya hanya artis yang tidak ada otak yang kutuk saya sedangkan yang ada otak atau dalam erti kata lain yang bijak elok sahaja dengan MIG”, katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

David memberi contoh artis bernaung dibawah syarikatnya seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan Farid Kamil, mereka tidak pernah memberi masalah dan kami juga senang bekerjasama dengan mereka.

Dalam laporan media lalu, Aeril berkata budaya dan politik kotor pekerja syarikat itu dikatakan banyak telah mempengaruhi keputusan David Teo dan pada masa sama dikatakan telah mencampuri urusan peribadinya sehingga dirinya berasa seperti anak kecil.

Beritahu David, Aeril tidak sepatutnya membuat kenyataan sebegitu kerana boleh dikenakan tindakan jika pihak syarikatnya ingin berbuat demikian.

“Sebagai syarikat pengurusan, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan menyimpan segala rahsia artis-artis kami.

“Tetapi sayangnya, mana-mana yang keluar daripada MIG, ada yang mengutuk kami pula”, katanya sekalugus berharap agar mereka (pelakon muda) belajar daripada artis-artis senior yang bijak menangani masalah tanpa membuat kenyataan yang mengundang bahaya pada diri sendiri.

“Dan kepada Aeril, tahukah dia banyak rahsianya yang pihak kami simpan? Jika saya buat kenyataan, pasti dia juga yang malu. Malah kontrak dia dan pihak kami juga belum lagi tamat sebenarnya,” ujarnya.

Budiey &Amp; Pelakon Filem Aku Tak Bodoh - Aeril ZafrelBudiey bersama pelakon Aeril Zafrel – Filem Aku Tak Bodoh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajieb Murai Rakyat Malaysia Pertama Belajar Di M-Net Academy Korea

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu