in

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu, Enggan Dedah Punca

Masih ingat lagi tak dengan penyanyi Jeslina Hashim? Ala, dia pernah terkenal dulu sebagai penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia dan dia pernah membintangi beberapa buah filem pada awal tahun 2000.

Terbaru mengenai beliau, Budiey dapat tahu, beliau telah bercerai. Ikatan perkahwinan selama lapan tahun antara penyanyi Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe akhirnya terlerai apabila pasangan ni sah bercerai semalam.

Jeslina Hashim

Dion, 40, seorang warga New Zeland melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Jeslina, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Tuan Haji Mohammad Karim Wahab pada jam 9.50 pagi selepas Jeslina mengakui dirinya suci (tidak datang haid) dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Jeslina untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Jeslina Hashim Bercerai

Jeslina dan Dion dilihat tenang sejurus lafaz cerai dibuat.

Terdahulu, peguam yang mewakili Dion, Mohd Hafiz Abdul Rashid memaklumkan kepada mahkamah bahwa kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian penyelesaian antaranya berkaitan hak penjagaan anak iaitu secara bergilir-gilir, tuntutan edah sebanyak RM5000 selama tiga bulan dan muta’ah sebanyak RM150,000.

Sementara itu, Mohd Hafiz yang ditemui diluar mahkamah memberitahu, kedua-dua pihak bersetuju untuk hak jagaan bersama terhadap anak-anak mereka

“Mereka berdua bersetuju untuk menjaga anak-anak mereka secara bergilir-gilir. Kedua anak mereka akan tinggal bersama Dion dan hak lawatan diberikan kepada Jeslina”,katanya.

Dalam pada itu, Jeslina yang ditemui di luar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai punca dia dan suami membuat keputusan untuk bercerai.

“Ia adalah disebabkan hal peribadi. Itu saja yang boleh saya katakan”, ujar Jeslina lalu terus beredar.

Jeslina berkahwin pereka dalaman itu pada tahun pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Micah Lee Hashim Vercoe,5, Keiranna Lee Hashim Vercoe,3. – Sumber: MalaysianDigest

Jeslina Hashim Bercerai

Dion Andrew Vercoe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kontroversi Aeril Zafrel Disifatkan Tidak Ada Otak Oleh David Teo

ASMIDAR

Video & Gambar Asmidar di Pelancaran Album Kali Pertama