in

Konsert Wings Versi Tanpa Distortion di Putrajaya

Penakluk angkasa raya kumpulan ‘rock n roll rock’ tanahair ternama WINGS akan mengadakan persembahan eksklusif konsert akustik Versi Tanpa Distortion di Putrajaya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Konsert berdurasi selama 120 minit berkonsepkan ‘retrospektif akustika’ dinamakan WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ pada 8 Jun 2014, Dewan Plenari, PICC.

Konsert Wings Versi Tanpa Distortion di Putrajaya

WINGS MENAKLUK PUTRAJAYA

TAJUK : WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’
TARIKH : 8 JUN 2014
WAKTU : JAM 8.45 MALAM – 10.45 MALAM
LOKASI : DEWAN PLENARI
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)
PENERBIT : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE SDN BHD

Hebahan pengumuman awal tarikh konsert sebelum ini melalui laman maya (FB/Twitter/ Instagram @eventPICC) pada tarikh 7 Jun 2014 – Sabtu, dipinda ke 8 Jun 2014 – Ahad. Keputusan pindaan konsert tarikh 8 Jun 2014 – Ahad, dibuat bagi memberi laluan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Jun 2014.

Pihak penerbit juga ingin mengambil kesempatan atas kehadiran puluhan ribu penyokong bolasepak tanah air, yang akan tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil sehari sebelum konsert eksklusif akustik WINGS beraksi, tinggi harapan kami agar penyokong bolasepak tanah air dari luar Lembah Klang, dapat hadir memberi sokongan kepada industri hiburan tempatan dengan menonton persembahan eksklusif akustik WINGS keesokan harinya di PICC, Putrajaya.

PENJUALAN TIKET UNTUK WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’

Tiket untuk menyaksikan konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ di Dewan Plenari, PICC pada 8 Jun 2014 akan mulai dijual pada 6 Mei 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :
RM 99.00 | RM 149.00 | RM 199.00 | RM 249.00 | RM 299.00

Untuk tempahan secara ‘online’ : www.ezitix.net

Untuk tempahan melalui telefon : 03-8887 6000 | 011-2945 6365 (Anez) 012-716 8213 (Zuera)

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan aturcara atau pertanyaan lain boleh menghubungi pihak PICC : [email protected]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Filem The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro

Rosminah Tahir Pengarah Di Bawah Lindungan Kaabah Jatuh Sakit