in ,

Konsert Wings Rockestra 2013 Hiburkan Peminat Tegar

[dropcap]S[/dropcap]etelah lebih tiga bulan bertungkus lumus membuat latihan dan persiapan, akhirnya malam tadi pihak media berkesempatan menyaksikan kumpulan Rock hebat tanah air, Wings mempersembahkan konsert mereka, yang diberi nama Wings Rockestra. Mengambil tempat di Panggung Sari Istana Budaya (IB), ini merupakan kali kedua Wings diberi peluang dan penghormatan beraksi di pentas berprestij itu.

Menunaikan janji dengan menampilkan persembahan penuh bertenaga, tepat jam 9 malam, empat otimer Rock yang tiada pengganti ini – Awie, Joe, Black dan Eddy tampil segak (makin tua makin kacak… heh.) bersut dan terus memulakan persembahan – penuh epik dan memukau!

IMG_5718-001

Bercakap pada sidang media sejurus usai konsert, Awie bagaimanapun berkata, beliau kurang berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan.

“Kalau diikutkan memang kurang puas hati sebab saya sentiasa ingin memberikan yag terbaik kepada para peminat kami. Saya rasa besok (malam ini) akan lebih baik. Lusa akan semakin lebih baik. Kita akan melihat kekurangan dan kelebihan kita. Mana yang bagus, kami akan kekalkan, mana yang kurang kami aan perbaiki. Kita akan kekal dengan 20 lagu itu, cuma kita akan memberikan kelainan pada setiap malam.”

[pullquote align=”right”]Wings mempamerkan vokal mantap sepanjang tiga jam persembahan, tanpa henti.[/pullquote][pullquote align=”right”]Wings mempamerkan vokal mantap sepanjang tiga jam persembahan, tanpa henti.[/pullquote]

Diiringi seramai 43 ahli Orkestra Simfoni Kebangsaan, Wings kali ini mengembalikan nostalgia peminat-peminat dengan mencipta mood yang lebih tenang dan releks. Tidak seperti konsert-konsert mega mereka sebelum ini, kali ini penonton di dendangkan dengan lagu yang jarang diperdengarkan mereka secara live.

Antara lagu tersebut seperti Amok, Hikayat Penuh Ranjau, Alam Barzakh, Awang Trasher, Ameringgo, Julang Timur Tengah, Anugerah, Pengabadian Kasih, Sayap Illusi, Kota Kemusnahan, Harapan, Ranjang Mawar dan Dari Tuhan.

Menurut gitaris Joe:

“Lagu kali ini memang pilih lagu yang bersesuaian dengan okestra. Kalau sebelum ini kita jarang dapat mainkan lagu-lagu seperti itu, tapi di pentas IB ini peluang keemasan kami.”

Menurut Awie

“Bagi saya, saya paling suka sewaktu mempersembahkan lagu Harapan dan Dari Tuhan. Sebab dah 25 tahun kita tak main tu di pentas secara live dan tadi kami dapat menggamit memori peminat-peminat kembali ke tahun 1987 dan 88 iaitu di zaman kegemilangan lagu-lagu itu.”

Apapun, Wings tidak melupakan deretan lagu wajib mereka agar penonton momentum teruja penonton terus kekal dan suasana tambah hangat suasana dengan lagu seperti Bujang Senang, Sayap Illusi, Misteri Mimpi Syakila, Taman Rashidah Utama, Opera Hidup dan Sejati.

Tambah istimewa, menerusi segmen 3G (3 Generasi) menampilkan persembahan petikan gitar daripada tiga pemain gitar berpengalaman iaitu, Joe (Wings), Hillary Ang dan pencetus gitaris yang diterbangkan khas dari Indonesia, Ian Antono (kumpulan God Bless).

Besarkan Pengalaman
Sementara itu Joe turut berkata peluang membuat persembahan bersama okestra merupakan satu perhormatan cukup besar buat mereka sekumpulan.

“Kalau tanyakan pada mana-mana penyanyi atau band, mereka pasti ada menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama okestra. Jadi, apabila Wings diberi peluang sebegini, kami ni kira kategori bertuah lah”, katanya.

Sementara Awie pula berkata, “Selama 28 tahun dalam industri ini, dengan persembahan malam ini dan juga malam seterusnya nanti, kami bukan mahu membuktikan apa-apa, jauh sekali mahu menunjuk-nunjuk kerana kami pun masih di peringkat belajar. Tapi kami buat tugasan kami, mahu memberi persembahan paling terbaik buat peminat.

“Selain itu kami nak besarkan pengalaman kami. Kami terpanggil untuk buat konsert okestra ini kerana inspirasi itu datang daripada band luar iaitu Scorpian dan Metallica. Mungkin juga persembahan kami ini boleh dijadikan arkib untuk anak-anak muda dan generasi akan datang”, jelasnya sekaligus mengulas pertanyaan media mengenai bukan calang-calang band Rock lagenda sedia ada negara kita ini, masih mampu mengekalkan stamina dan memberi persembahan memukau sepertimana yang ditampilkan mereka.

Berlangsung mulai 26 April (malam ini) hingga 30 April, bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert Wings Rockestra tapi belum membeli tiket, difahamkan tiket berharga antara RM69 dan RM199 telah pun habis dijual. Dan yang masih ada hanya tiket yang berharga RM200 hingga RM499. Bagi yang berminat, boleh layari laman web www.ticket2u.biz.

Kredit: Malaysian Digest

Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam

IMG_5668

IMG_5681

IMG_5680

IMG_5671

IMG_5664

IMG_5676

IMG_5686

IMG_5700

IMG_5704

IMG_5710

IMG_5719

IMG_5720

IMG_5727

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

National Geographic Channel’s New Series Mudcats

Impak Chemistry Achey & Puteri Balqis Dalam Bintang Mencari Bintang