in ,

Konsert Wings Menakluk Kosmos

Wings bakal turun padang lagi! Kali ini berbekalkan lagu-lagu baru yang terdapat dalam album ketujuh belas mereka iaitu Menakluk Kosmos yang sudah pun berada di pasaran sejak 22 Mei lalu. Kini grup Wings bersedia untuk menemui para peminat yang menunggu sekian lama untuk mendengarkan lagu-lagu baru ini dimainkan secara live di depan mereka.

Dan sudah tentunya lagu-lagu seperti Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti telah ‘masak’ dipendengaran para peminat grup yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini. Hanya tunggu masa untuk dibawakan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih.

Penaklukan Wings akan bermula di Pulau Pinang, Terengganu dan Melaka sebagai venue awal. Konsert dengan durasi 180 minit ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi lagu-lagu baru album Menakluk Kosmos di ingatan dan hati sanubari para peminat khususnya Sayap Sayap Wings yang berada di sekitar Malaysia.

Konsert Wings Menakluk Kosmos

TARIKH : BERMULA 27 DISEMBER 2014
WAKTU : 8.45 MALAM
LOKASI : PULAU PINANG, TERENGGANU, MELAKA
PENERBIT : ANGGERIK EVENTS

LAN_8967

Kumpulan yang dianggotai Awie,Joe, Black dan Eddie ini akan menemui para peminat di lokasi berikut:

1) 27 Disember 2014 – Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang
2) 9 Januari 2015 – Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu
3) 31 Januari 2015 – MITC, Melaka

Konsert yang bakal bermula pada pukul 8.45 malam ini memperlihatkan sekali lagi Anggerik Events sebagai penganjur utama. Menurut Joe selaku gitaris, Wings akan muncul secara solo tanpa iringan pemuzik tambahan untuk Menakluk Kosmos kali ini.

Penjualan album yang memberangsangkan walaupun diganggu jenayah cetak rompak membuatkan Wings bersemangat untuk menemui para peminat dan membawakan buah tangan terbaru mereka ini di samping menjadikan lagi konsert dengan nama Menakluk Kosmos ini sebuah sejarah dan tanda ingatan buat peminat yang sentiasa setia dalam perjalanan seni mereka.

Konsert kali ini hadir dengan dua kategori tiket iaitu RM 75 dan RM 390. Penonton yang memiliki tiket berharga RM 390 akan menghadiri sesi meet and greet, makan malam bersama anggota Wings dan cenderamata khas.

PENJUALAN TIKET UNTUK KONSERT WINGS MENAKLUK KOSMOS
Tiket tiket untuk menyaksikan konsert WINGS MENAKLUK KOSMOS di pada 27 Disember 2014 telah mula dijual sejal 5 Disember lalu. Harga tiket adalah seperti berikut :
RM 75.00 | RM 390.00 |

Untuk tempahan secara online : www.ticket2U.biz

Untuk tempahan melalui telefon : 03- 4026 5558

Untuk ahli-ahli kelab Sayap-sayap Wings, anda bakal mendapat harga istimewa bagi kedua-dua kategori tiket. Namun pembelian tiket haruslah melalui kelab. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Zul di talian 012 266 6877 (whatsapp).

Dapatkan tiket hanya pada pengedar yang terpilih sahaja. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan aturcara atau pertanyaan lain boleh layari : www.sayap2wings.com.

LAN_8812

LAN_8843

LAN_8846

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Bersama BudieyBuddies Menonton Filem ALEXANDER

Doghouse 73 Pictures 3 Doors of Horrors