in ,

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah

Kejayaan Sambutan Ulangtahun WINGS ke 30 dan kedua-dua edisi Konsert WINGS 30 Tahun di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2015 dan di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru pada 25 Disember 2015 telah membuktikan bahawa jenama WINGS mampu pergi lebih jauh dan persembahan ‘live’ mereka sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat muzik rock. Kali ini, WINGS mengorak langkah ke Borneo pula dengan ‘tagline’ #getreadyborneosabahtatap.

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah

Jenama WINGS adalah tidak asing kepada para peminat muzik rock di Sabah dan adalah salah satu kumpulan rock tempatan yang paling popular di Sabah. Malah WINGS telah beberapa kali mengadakan konsert di Sabah dengan sambutan yang hangat. Terbaru adalah siri jelajah Konsert WINGS ‘Menakluk Kosmos’ yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau pada 21 dan 22 Mei 2015.

Kali ini WINGS akan kembali ke Sabah dengan KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu, 24 Disember 2016. WINGS begitu teruja untuk menghimpunkan seluruh peminat mereka di sekitar negeri Sabah khasnya dan Sarawak serta Brunei Darussalam amnya, dalam sebuah konsert terbesar di Borneo. Ia dijangka menjadi siri sambutan Konsert 30 Tahun WINGS yang terbesar bakal diadakan.

Konsert ini akan mengekalkan konsep ‘Back To 80’s’ iaitu mengembalikan kegemilangan dan nostalgia era rock tahun 1980an. WINGS juga akan mengekalkan tenaga produksi, peralatan teknikal, sistem bunyi dan pencahayaan yang sama sepertimana konsert di Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk memastikan kepuasan penonton konsert di Kota Kinabalu ini. Keseluruhan persembahan akan membangkitkan nostalgia dan meninggalkan kenangan manis kepada para penonton serta menjadikan KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH sebagai suatu malam yang tidak dapat dilupakan oleh para peminat WINGS khasnya dan para peminat muzik rock di Sabah amnya.

Konsert anjuran K4MI Mutiara Global Sdn Bhd ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON). Rangka promosi dan penjualan tiket KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH akan bermula selepas sidang media ini dengan sokongan pihak swasta, badan NGO dan agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan. Ia akan dipanaskan lagi dengan sidang media ke 2 di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 November 2016 dan pelancaran ‘road tour’ bersama WINGS di Sabah.

#getreadyborneosabahtatap

Sepertimana ‘tagline’ #getready dan #getreadyjb, ‘tagline’ #getreadyborneosabahtatap ini juga menandakan konsert ini didedikasikan untuk para peminat di seluruh negeri Sabah. Ia akan digunakan secara meluas di media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai strategi pemasaran konsert dan mempromosi Negeri Sabah. Kempen #GetReady’ yang bermula dari Sambutan Ulangtahun WINGS ke 30 pada 1 Julai 2015 adalah pesanan khidmat masyarakat WINGS tentang peringatan menghadapi kemungkinan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi.

IKON KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH

WINGS mendapat perhatian dari Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah dan diberi penghormatan untuk menjadikan athlit paralimpik Sabah, Filicia Mikat sebagai Ikon KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH.

Filicia Mikat adalah anak jati Negeri Sabah yang berasal dari Kampung Kipaku, Tambunan, Sabah. Gadis berusia 17 tahun ini telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi 3 pingat emas untuk acara olahraga 100m, 200m dan 400m dalam Sukan Para Asean ke 8 di Singapura pada Disember 2015 bagi kategori T13 (orang kelainan upaya penglihatan). Beliau juga telah dianugerahkan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2015 dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2015.

Filicia Mikat adalah aset negara untuk merebut pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Semangat dan tidak kenal erti putus asa pada Filicia Mikat walaupun berstatus OKU, bakal menjadi inspirasi kepada generasi muda di Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Kejayaan beliau adalah berkat sokongan keluarga, guru-guru rakan-rakan, para jurulatih dan persekitaran beliau serta keseluruhan rakyat Sabah.

WINGS menghargai dan menyokong athlit paralimpik negara atas semangat yang mereka pamirkan. Kesedaran awam terhadap keperluan dan kemudahan OKU juga perlu dipertingkatkan sejajar dengan penghargaan kepada atlit paralimpik. Ini juga mesej yang hendak disampaikan oleh WINGS.

WINGS merasakan kisah kejayaan sebegini adalah seumpama perjuangan WINGS sendiri dalam mengharungi cabaran sebagai artis rock. Berkat sokongan ibubapa, keluarga, rakan-rakan dan para peminat, WINGS berjaya kekal utuh selama lebih 30 tahun. Malah WINGS ingin terbang lebih jauh lagi selepas 30 tahun di persada muzik rock Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH BIG BIKE RIDE

Untuk memanaskan rangka promosi di Sabah, sidang media ke 2 akan diadakan pada 14 November 2016 di Kota Kinabalu, Sabah. Sehubungan dengan itu, pelancaran KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH BIG BIKE RIDE akan diadakan. Program jelajah ini bertujuan untuk mempromosi konsert, sesi bertemu peminat dan penjualan tiket ke seluruh Negeri Sabah. Rombongan motorsikal berkuasa tinggi WINGS (seperti Harley Davidson dan sebagainya) yang diketuai oleh vokalisnya Awie, akan bertolak pada 15 November 2016 dari Kota Kinabalu ke Labuan. Berikut adalah ringkasan jadual program :

15/11/2016 17/11/2016 18/11/2016 19/11/2016

Kota Kinabalu – Labuan (via Menumbok) Labuan – Menumbok – Beaufort – Keningau Keningau – Tenom – Keningau – Tawau Tawau

20/11/2016 21/11/2016 22/11/2016 23/11/2016 24/11/2016

Tawau – Lahad Datu – Sandakan Sandakan
Sandakan – Ranau – Kundasang Kundasang – Kudat

Kudat – Kota Belud – Tuaran – Kota Kinabalu

Acara BIG BIKE RIDE ini sudah pasti akan menyemarakkan lagi kemeriahan menjelang KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH. Para peminat WINGS di Sabah akan berpeluang bertemu dengan rombongan motorsikal berkuasa tinggi WINGS yang diketuai oleh Awie dan membuat pembelian tiket secara terus untuk menonton konsert tersebut.

INTISARI KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH

KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember 2016 dari jam 1.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Acara akan bermula pada sebelah petang dengan persembahan 10 buah kumpulan muzik dari seluruh negeri Sabah iaitu :

  • Anugerah
  • Chromatic
  • Roktrus
  • Brother Rock
  • D Shelter

• GAPESA
• Tony DAT-U • EVO X
• LINS1
• MetalZone

Mereka akan mempersembahkan lagu lagu WINGS sebagai ‘tribute’ kepada WINGS dengan cara mereka yang tersendiri. Pada sebelah malam, pentas akan dipanaskan oleh artis-artis popular dari Sabah iaitu kumpulan ZERO, Yazer, Felix Agus dan Abu Bakar Ellah serta dikuatkan lagi dengan kehadiran 2 orang penyanyi popular iaitu Akim dan Aweera.

Kumpulan WINGS iaitu penyanyi utama Awie (Ahmad Azhar bin Othman), pemain gitar Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir), pemain ‘drums’ Black (Azmi bin Hashim) dan pemain bass Eddie (Samsaidi bin Ulong Idris) dijangka akan menguasai pentas pada jam 9.00 malam dengan rangkaian lagu lagu baru dan lama selama 120 minit. Persembahan WINGS juga akan diwarnai dengan jemputan X-WINGS iaitu Jojet bekas pemain drums WINGS, Sham bekas gitaris WINGS dan Mel bekas vokalis WINGS.

HEBAHAN PENJUALAN TIKET KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH

 

Pembeli ‘early bird’ tiket Sayap Sayap Gold akan berpeluang menghadiri Sidang Media ke 2 KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 November 2016. Lokasi majlis akan diberitahu kelak.

Pemegang tiket VIP Sayap Sayap Platinum pula akan ditempatkan di tempat duduk ‘grandstand’ dan berpeluang menghadiri majlis ‘post-party’ bersama kumpulan WINGS selepas tamat KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH. Lokasi majlis akan diberitahu kelak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KONSERT WINGS 30 TAHUN ‘LIVE’ @ KOTA KINABALU, SABAH sila layari laman web :
www.tiketwings30thnkksabah.com

Sila hubungi ‘hotline’ tiket :

Mimi
KMG (Amillson)
EVENTFINDERS
NASI KUKUS ONE BORNEO (Noorman)
(Tiket untuk pelajar yang berharga RM35.00 hanya boleh diperolehi di NASI KUKUS ONE BORNEO. Sila bawa Kad Pelajar untuk pengesahan)

atau hubungi emel :

[email protected] [email protected]

Tiket tiket juga boleh diperolehi di Facebook ‘Sayap-Sayap Wings’ atau layari laman web :

www.sayap2wings.com

Sila hubungi ‘hotline’ tiket :

Zan Zaini 019-3681917 (Sayap2 WINGS) Zul 012-2666877 (Sayap2 WINGS)

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6 Selebriti Rebut Juara SUPER SPONTAN SUPERSTAR Esok

Ulasan Konsert ERA Rock Sarawak 2016