in

6 Selebriti Rebut Juara SUPER SPONTAN SUPERSTAR Esok

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk, Ozlyn, Jamal, Waris, Zulin Aziz & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan, Zukiee, & Julia Ziegler.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.

Minggu lalu, Harimau Hipster mengungguli permainan dan Monyet Mafia terpaksa menyingkirkan Kamal Adli dan Altimet. Yang pasti, persaingan semakin sengit menjelang minggu akhir Jumaat ini apabila tiada lagi perjuangan secara berkumpulan sebaliknya 6 finalis akhir Super Spontan Superstar, Johan, Ozlyn, Fad, Abam, Achey dan Tauke akan bermain secara individu dalam menentukan gelaran juara Super Spontan Superstar!

Mampukah Ozlyn, finalis wanita pertama dalam sejarah Super Spontan mengenepikan 5 lagi pelawak yang lain? Adakah Johan bakal mengulangi kejuaraannya satu ketika dahulu? Adakah 4 finalis yang lain bakal memberikan kejutan? Saksikan semuanya hanya di pusingan akhir Super Spontan Superstar Jumaat ini!

Siaran Langsung Super Spontan Superstar (Separuh Akhir) pada hari esok 7 Oktober 2016 (Jumaat), jam 8.30 malam @ Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Cubalah teka siapa yang bakal jadi juara.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hugh Jackman Kembali Dengan Filem Wolverine

Konsert Wings 30 Tahun LIVE di Kota Kinabalu, Sabah