in ,

Konsert UNGU Tercipta Untukku Live In Malaysia

Kumpulan Ungu dari Indonesia bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Konsert UNGU “Tercipta Untukku” dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. Dijangkakan seramai 9000 orang penonton dan peminat Ungu akan hadir di konsert ini.

[pullquote align=”right”]Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis/Guitaris), Makki (bass), Enda (guitaris), Onci (guitaris) dan Rowman (drummer). Setelah mengharungi pelbagai rintangan, pada tahun 2002 UNGU telah mengeluarkan album pertama mereka bertajuk LAGUKU yang menyelitkan dua buah lagu iaitu “Hasrat” dan “Bunga”.[/pullquote]

Mereka juga telah mengeluarkan album yang bertajuk “Melayang” yang menampilkan lagu “Demi Waktu” sebagai lagu hits dan seterusnya merangkul anugerah double platinum di Indonesia dan menembusi pasaran tanah air melalui syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC). Dari situlah mereka berjaya menempatkan nama dihati peminat menerusi lagu-lagu seperti “Andai Kutahu”, “Tercipta Untukku” ,“Kekasih Gelapku”, “Cinta Dalam Hati”. Pada tahun 2013 pula mereka mengeluarkan single terbaru bertajuk “Bila Tiba” yang kini sudah pun dimainkan di corong-corong radio.

Anugerah yang pernah dirangkul oleh UNGU adalah “Album Religi” “Lagu Paling Ngetop” “Video Klip Paling Ngetop” menerusi lagu “Andai Kutahu”, dan “Album Pop Rock Duo / Kumpulan” untuk lagu “Tercipta Untukku di dalam “SCTV Music Award 2007”.

Menurut Fendi Hassan, Pengerusi E & F Event Resources dan Hadi, Pengerusi Offshore Entertainment Production:

“Konsert ini adalah bersempena tahun melawat Malaysia, jadi kami memilih UNGU kerana melihat kepada sambutan kedatangan mereka pada tahun 2012 yang cukup memberangsangkan, kami berharap agar pelancong-pelancong dari negara jiran dapat bersama-sama menyaksikan UNGU secara “live” di Malaysia.”

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138, RM188 dan RM238.

Konsert UNGU Tercipta Untukku

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 di Menara MARA Hari Ini

Safi Lancar Produk Safi Shayla Untuk Wanita Bertudung