in , ,

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti di Kuala Lumpur Buka Tirai 2023

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur Kembali bertemu peminat dengan suara menenangkan jiwanya.

Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir dia memberi persembahan yang cukup bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya. 

Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik Terbaik untuk lagu Hati-hati Di Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi. 

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan dan kehendak peminat menonton Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti dengan karya-karya barunya. 

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday presents Tulus”.

Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di www.myticket.asia

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama bandnya yang cukup kompak. Kehadiran Tulus,saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan seni seberang. Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan Pengarah Urusan Shiraz Projects. 

Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu dari album Manusia buat kali pertama. “Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya. 

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Tiket-tiket dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver) akan dijual mulai 10 November 2022, Khamis pada pukul 2 petang. 

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” yang merupakan persembahan satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd. 

“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” 

Tarikh: 6 Januari 2023
Venue: Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 

Laman Web: www.shirazprojects.com

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Harga tiket: 

RM950 (VIP) 

RM550 (Diamond) 

RM450 (Platinum) 

RM350 (Gold) 

RM250 (Silver) 

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Tiket Contact Info : www.myticket.asia 

Hotline

: 0386050196
: 0122560082

Facebook: fabulousfriday 

Instagram: fabulousfriday_shw
Facebook: shirazprojects
Instagram: shirazprojects
Laman Web: www.shirazprojects.com 

Konsert Tulus ‘Manusia’ Yang Dinanti Di Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bihzhu

Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’

Andry Darwisy | 15

Penyanyi Singapura Andry Darwisy Harap Magis Single RELA AKU RELA