in , , ,

Konsert Tampilkan Awie & Search, Projek Bikin Wilayah Ditunda Pada 13 Februari 2021

Seperti yang sedia maklum, sepatutnya pada tanggal 12 Disember 2020 bertempat di Stadium Melawati akan termetri satu persembahan konsert unggul kumpulan Search dengan Dato Awie.

Ternyata rata-rata peminat telah menunggu konsert tersebut dan tidak sabar untuk menonton kehebatan dan aksi Search dan Dato Awie. Namun, segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan akibat penularan Covid-19 yang telah menjejaskan pelbagai akiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita dan seluruh dunia, maka ianya terpaksa ditunda pada 13 Februari 2021 di Stadium Malawati. 

Apa yang menarik, konsert tersebut telah diberi penjenamaan semula kepada nama ‘PROJEK BIKIN WILAYAH 2021’. Ia merupakan satu konsert projek band yang bakal memainkan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search. 

Pada tahun 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah. Justeru itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih nama Projek Bikin Wilayah 2021. 

Bersama barisan anggota terdiri dari Dato Awie, Fauzie (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (drum) mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa. 

Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap. 

Kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket konsert Apologia dan Konsert Cinta Buatan Malaysia, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh 13 Februari 2021 kelak. 

Tiket untuk konsert anjuran Imaginex dan HS Shazlicious ini berharga RM399 VIP, RM299, RM199 dan Rm99. Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster.

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mengakhiri Kemelut, Bubblebee Tamatkan Perjanjian Usahasama di Empat Buah Cawangan

Nabila Razali Tak Dapat Perform di Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Netizen Meneka Siapa Pengganti