in , ,

Konsert Slam Nurkasih Himpunkan Peminat di Zepp KL Pada 6 Ogos Depan

Penyanyi terkenal pada era 90-an, Slam bakal mengadakan sebuah konsert yang berprestij di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2023 nanti.

Kumpulan SLAM sentiasa memikat hati peminat mereka dengan rangkaian lagu-lagu yang segar dan popular seperti “Gerimis Mengundang,” “Kembali Terjalin,” “Tak Mungkin Berpaling,” dan “Rindiani.” Tidak mengherankan jika kumpulan ini selalu menjadi tumpuan dan sentiasa menjadi bualan peminat muzik Malaysia.

Kehebatan kumpulan SLAM dan daya tarikan mereka sungguh kuat, dan setiap kemunculan mereka selalu dinantikan dengan penuh antusiasme oleh peminat setia mereka.

Konsert Slam Nurkasih Himpunkan Peminat di Zepp KL Pada 6 Ogos Depan

Di antara anggotanya, Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap agar peminat-peminat mereka terus memberi sokongan padu pada kumpulan SLAM.

Kejayaan demi kejayaan diraih kumpulan Slam, kini sekali lagi di beri kepercayaan untuk menjayakan sebuah konsert yang berprestij di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2023 nanti.

Konsert Slam Nurkasih akan bermula pada pukul 8.30 malam. Konsert Slam Nurkasih akan membawakan sekitar 18 hingga 20 buah lagu-lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.

Konsert ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik bagi konsert tersebut.

KONSERT SLAM DI ZEPP KL

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert tersebut boleh menghubungi Illaso ticket  03-21706333 atau melayari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/

Tiket berharga RM198 (festival)

RM 298 (Cat 2 – kerusi)

RM458 (VIP – kerusi  & akan mendapat goodie bag serta meet and greet bersama Slam )

RM 5000 (Royal Box & ada mocktail , goodie bag serta meet and great bersama Slam ).

Apa yang menarik buat Konsert Nurkasih, empat kotak Royal box telah terjual semenjak hari pertama dibuka untuk jualan pada 5 Mei yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADAM SYAMIL

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang

Acara ‘Music Is Universal’ Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia