in , , ,

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Bertafakur Seketika Mengenang Tragedi di Christchurch & Pasir Gudang

Rata-rata penonton yang datang berpuas hati dengan persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Konsert Siti Nurhaliza On Tour. Satu satunya artis yang kita rasa berbaloi nak beli tiket konsert. Betul tak? Apa pendapat korang yang datang di konsert bersejarah ni?

Prihatin dan simpati atas nasib menimpa mangsa keracunan sisa toksik di Pasir Gudang, Johor dan tragedi keganasan di Christchurch, New Zealand, penyanyi, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menghentikan konsert selama beberapa minit.

Siti, 40, mengetuai lebih 10,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, untuk bertafakur.

Siti Sebak! Ucapan Pembukaan di Konsert Siti Nurhaliza On Tour Kuala Lumpur

Dalam nada sebak, Siti yang mengakhiri siri jelajahnya, Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019, di sini, mengajak peminat mengenang semua mangsa terutama yang terkorban di New Zealand, selain anak seni tempatan yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Nyanyi Tanpa Muzik, Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Permintaan Peminat di Konsert On Tour Kuala Lumpur

Tidak ketinggalan, Siti memberikan penghormatan kepada komposer terkemuka, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan melalui segmen khas.

Siti mendendangkan rangkaian lagu ciptaan Pak Ngah dan Adnan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka terhadap kerjaya seninya selama lebih dua dekad.

“Konsert pertama saya diadakan pada 1999, 20 tahun lalu, di lokasi yang sama. Ketika itu saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, saya berimpian untuk mengadakan konsert pertama.

“Di situlah bermula kisah saya bersama Pak Ngah. Beliau menjadi pengarah persembahan bagi Konsert Siti Nurhaliza Live. Kenangan itu sangat istimewa, dan malam ini saya buat ‘throwback’ menghargai karyanya.

“Malam ini juga saya gembira kerana keluarga Allahyarham Adnan turut hadir. Saya takkan lupa jasa arwah dan isterinya,”

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Untuk rekod, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mengeluarkan 25 album dan 250 lagu.

EKSKLUSIF: Puas Hati! Ini Komen Sajat di Konsert Siti Nurhaliza On Tour

Terdahulu Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapura (2 Mac).

Terharu dengan sambutan diterimanya sepanjang tiga konsert siri jelajahnya, Siti mengaku dia menangis sebelum melangkah masuk ke pentas.

Tribute Buat Pak Ngah Paling Meriah

Tonton video kat bawah ni dan sila amati masa lagu HATI KAMA, part Siti Nurhaliza tarik suara tu… fuhhhh… satu stadium bergema teriakan dan sorakan.

Meriah betul masa ni. Dengan koreograf tarian yang meriah penuh warna warni bersama penari, dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang nampak mewah menawan dan dengan vokal dialun cukup kemas menjadikan konsert di Kuala Lumpur antara yang terbaik bagi saya.

Penyanyi bersuara emas itu juga terpaksa memujuk diri kerana bimbang tidak dapat menyanyi dengan baik, sepanjang konsert.

Sumber: Berita Harian 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ippo Hafiz Bakal Nikah Dengan Model Video Muzik Lagu SAAT BAHAGIA

Nyanyi Tanpa Muzik, Siti Nurhaliza Tunai Permintaan Peminat