IPPO HAFIZ
IPPO HAFIZ
in , , ,

Ippo Hafiz Bakal Nikah Dengan Model Video Muzik Lagu SAAT BAHAGIA

Siapa sangka dengan pertemuan dan pandangan kali pertama dapat membenihkan rasa cinta. Dari mata turun ke hati orang kata. Ini yang berlaku kepada Ippo Hafiz yang kini mahu mengambil model video klip SAAT BAHAGIA sebagai isteri.

Penyanyi Ippo Hafiz tidak menduga lagu Saat Bahagia yang dihasilkan ketika berkenalan dengan Fara Roslan menjadi doa yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Ippo, 30, berkata lagu itu dihasilkan sebagai luahan hatinya ketika awal perkenalan dengan Fara yang juga model untuk video muzik single terbarunya itu.

“Lagu itu memang saya cipta khas untuk Fara. Kami bertemu pada September lalu, namun tidak sangka perkenalan singkat itu membawa kami ke fasa serius.

“Kami tidak bercinta seperti pasangan lain, justeru ramai yang terkejut apabila kami mengambil keputusan untuk hidup berdua.

“Namun, sokongan keluarga kedua-dua pihak membuatkan kami yakin membuat keputusan yang tepat. Mereka begitu teruja apabila kami meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga. Lagipun, perkara yang baik tidak elok dilengah-lengahkan,”

– Ippo Hafiz
Ippo Hafiz

Ippo atau nama penuhnya, Muhammad Hafiz Yaziz, dan Fara bakal menamatkan zaman solo mereka pada 24 Ogos depan.

Ahad lalu, majlis merisik berlangsung di kediaman keluarga Fara di Setia Alam, Selangor.

Ippo Hafiz

“Fara sentiasa membuat saya selesa di sisi, lantas meyakinkan saya untuk membawa hubungan ini ke peringkat serius. Dia juga sukakan kanak-kanak dan tidak kekok melayan anak angkat saya, Cinta Rizky Amanda.

“Kami bersepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan, sebaliknya terus bernikah pada tarikh itu nanti,”

– Ippo Hafiz

Lagu Saat Bahagia sebelum ini, turut menghiasi drama Pujaan Hati Kanda yang dibintangi Remy Ishak dan Mira Filzah.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Eric Chou

Cinta Tiga Generasi Berbeza Dalam Filem BEIJING LOVE STORY

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Bertafakur Seketika Mengenang Tragedi di Christchurch & Pasir Gudang