in ,

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor 6

Tunjuk ajarku … SIFU! Bahang kehangatan Mentor 6 terus membara selepas pengumuman 4 pasangan mentor dan protege yang layak ke peringkat separuh akhir.

Buat pertama kalinya Anas (Faizal Tahir), Tisha (Ferhad), Caroline (Ella) dan Zatul (Fauziah Ahmad Daud) bakal berentap di pentas Dewan MBSA demi meneruskan perjuangan dan mengejar impian untuk menjadi juara Mentor musim ke-6!

Siapakah yang bakal menyinar dan protege mana yang mungkin berada di dalam kedudukan bahaya selepas persembahan pertama pusingan separuh akhir ini? Apakah strategi yang telah dicaturkan oleh sifu masing-masing kerana persaingan semakin sengit dan sebarang kesilapan yang berlaku akan mengundang kegagalan?

Konsert Mingguan Mentor 6: Pusingan Separuh Akhir Pertama pada:

Hari/Tarikh : Ahad, 27 Mei 2012

Waktu : 8.30mlm (Konsert LIVE bermula 9.00 mlm)

Tempat : Auditorium MBSA, Tingkat 3 (Pendaftaran Media), Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh 2012 Precint 2 Putrajaya

Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah