in ,

HAHAHA!HAHAHA!

Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah

[dropcap]P[/dropcap]engacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy. Katanya, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi. Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Jimmy Shanley Bercerai

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat:

“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung. Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah.”

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Kasihan jimmy, tak habis habis lagi pergelutan al kisah hubunganya dengan bekas isterinya. Banyak bersabar jimmy… ini semua dugaan besar buat anda dibumi ini. Kalau difikirkan, tiada siapa yang ingin melalui kejadian begini. Dan tiada siapa yang boleh meramal sesuatu kerumitan yang akan berlaku pada kita. Apa pun , biarlah masalah peribadi jimmy ini akan menjadi ikhtibar kepada pasangan yang bakal berkahwin. Fikir betul2 sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Mesti pasti kita benar2 kenal baik buruk pasangan kita untuk mengelak sebarang kekusutan dalam perhubungan selepas berkahwin. Seelok2 pasangan, carilah yang beriman, matang berfikiran dan banyak bersabar.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor 6

Gambar Keluarga DiRaja Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah