in ,

Awal Ashaari Ditahan Polis Kini Dibebaskan

Masa Budiey tengah tonton Buletin Utama tadi, terkejut gak dengar 3 orang Pelakon Ditahan di Pusat Hiburan, Rooftop Lot 10, Jalan Bukit Bintang… dan visual telah menunjukkan beberapa orang pelakon dan ada ternampak seorang selebriti yang sangat Budiey kenali… gambar wajahnya dikaburi tapi memang sangat dikenali. Sukar untuk dipercayai… dan… mmm… nasib baik, sekarang semua dah okay. Budiey ada dengar juga pelakon lelaki yang membawa watak Budi dalam Blogger Boy juga telah ditangkap kerana positif dadah.

Berita-berita macam ni lah yang membuatkan peminat tak suka nak dengar.

Awal Dibebaskan, Ujian Air Kencing Negatif

KUALA LUMPUR: Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi tadi, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari. Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.  Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.

“Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali. Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.

Beberapa orang pemuda termasuk seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen dibawa keluar oleh anggota polis dari sebuah pusat hiburan haram yang terletak di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.-Foto BERNAMA.

Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan. Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan. Terdahulu, Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. Bagaimanapun, ]Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif. [sumber]

Ini pula berita yang dipetik dari Kosmo… ciput je beritanya.

Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan.

Daripada mereka yang ditahan, 20 positif ujian air kencing, dua ditahan kerana memaki hamun polis dan dua lagi ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kulit Album Duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti

KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010