in , ,

YOLO Malaysia Anjur Konsert NOAH LIVE IN KL di Zepp KL Pada 12 November

YOLO Malaysia Mempersembahkan Band Rock Terkemuka Indonesia Dalam Sebuah Konsert Luar Biasa Yang Ditunggu-tunggu

Syarikat penganjur acara kian berpengaruh tempatan iaitu YOLO Malaysia dengan bangganya mempersembahkan band rock paling unggul dari negara seberang, NOAH yang bakal beraksi dalam sebuah konsert paling ditunggu-tunggu di ibu negara ‘YOLO Malaysia – NOAH Live In KL’ pada jam 8:30 malam, 12 November 2022 nanti bertempat di dewan serba canggih, Zepp Kuala Lumpur dengan menawarkan pengalaman berbeza dan luar biasa, belum pernah dirasai di mana-mana lokasi konsert sebelum ini.

“YOLO Malaysia kini telah bersedia menerobosi lapangan hiburan muzik yang lebih unggul. Setelah 6 buah konsert ‘YOLO Live Sessions’ berjaya dianjurkan dengan membawa aksi-aksi hebat pemuzik tempatan, kini YOLO Malaysia maju setapak lagi dengan membawakan persembahan oleh band terkenal dari luar negara.

“Sebagai permulaan, kami akan bawakan artis-artis dari rantau Asia Tenggara terlebih dahulu, dan buat pertama kalinya dalam sejarah hiburan tempatan, kami mempersembahkan sebuah band ternama dari Indonesia iaitu NOAH,”

Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.
Konsert NOAH LIVE IN KL di Zepp KL

Baharu-baharu ini, YOLO Malaysia telah berjaya menganjurkan sebuah konsert rock mantap ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ yang menghimpunkan pemuzik-pemuzik rock berbeza generasi seperti kumpulan Spider, Noh Salleh dan XPDC.

Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Rata-rata pengunjung yang hadir ketika konsert tempoh hari berpuas hati dengan persembahan ketiga-tiga ‘otai’ rock terbabit. Masing-masing memberikan persembahan yang memukau dan ‘all-out’ ketika malam konsert.

“Demi menyambung bahang muzik rock itu sendiri, kami bawakan NOAH yang mempunyai ramai peminat di Malaysia. Pemilihan NOAH dibuat atas dasar kemampuan mereka mengadakan persembahan yang pastinya dapat dirasai setiap pengunjung konsert nanti. Ini hanyalah permulaan dan semoga ramai lagi aksi-aksi antarabangsa yang bakal dipersembahkan kelak.

Kini, NOAH dianggotai tiga orang ahli iaitu Nazril Irham atau lebih terkenal dengan panggilan Ariel selaku ‘frontman’ atau vokalis utama, juga merupakan pengubah serta penerbit muzik, Lukman Hakim atau Lukman selaku gitaris serta keyboardist tetap serta anggota terakhir iaitu David Kurnia Albert Dorfel atau mesra dengan panggilan David

Konsert NOAH LIVE IN KL di Zepp KL

Band yang ditubuhkan pada Ogos 2012 ini turut berbesar hati untuk membuat persembahan di Malaysia bagi menghiburkan peminat-peminat di sini atas pelawaan YOLO Malaysia.

“Selain mengubati rindu peminat-peminat NOAH di sini (Malaysia), bersedia untuk merasai pengalaman luar biasa berada dekat dengan idola lagenda rock anda selama 90 minit tanpa henti dengan lagu-lagu hit mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik.

“Pada malam konsert nanti juga, 3 pemuzik profesional akan mengiringi persembahan NOAH dan ada kejutan yang bakal dipersembahkan, jadi kalau hendak tahu apakah kejutan tersebut, kenalah hadir pada 12 November di Zepp KL nanti,” menurut Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.

Pembeli tiket yang bertuah bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dan memukau dari NOAH yang dijangka lebih ‘intim’ kerana itu merupakan pendekatan yang sering diterapkan oleh band ini ketika mengadakan persembahan.

“Sambutan terhadap pembelian tiket amatlah memberangsangkan, terima kasih kepada semua. Jadi buat sesiapa yang tidak mahu ketinggalan pada masa akan datang, jangan lupa untuk melakukan pra-pendaftaran di laman web YOLO Malaysia untuk tidak ketinggalan,”

Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.
Konsert NOAH LIVE IN KL di Zepp KL

Buat makluman semua, sebelum mana-mana konsert anjuran YOLO Malaysia bermula, tempoh pra-pendaftaran telah pun diperkenalkan buat pembeli untuk mendapatkan tiket di peringkat awal, setelah itu baharulah bakinya dijual secara umum untuk semua. 

Akhiri Ib: “Kami berharap agar pembeli tiket akan merasai pengalaman yang luar biasa dengan apa yang telah kami rancangkan buat semua yang hadir menyaksikan ketika persembahan NOAH itu nanti. Semoga pengunjung konsert memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk persembahan yang akan datang di mana kami menjanjikan pengalaman berbeza pada setiap konsert yang akan datang.

Pihak penganjur menyarankan agar pembeli mengikuti kesemua platform media sosial YOLO Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jamal Abdillah Lancar Single YANG MEMILIKI, Kisah Tentang Manusia

MELINDA LOOI

Melinda Looi Couture 2023: Sebuah Persembahan Garis Masa Malaysia