in , ,

Konsert Ne-Yo Live In Malaysia Ubati Rindu Peminat, Imbau Nostalgia!

Gabungan Mantap Penganjur Acara ‘Hitman Solutions’ & ‘Happymoon’ Bawakan Aksi Bertenaga & Bernostalgia Bintang Terkemuka Amerika Syarikat

Bertenaga, menghiburkan dan menggamit nostalgia, begitulah gambaran konsert ‘Ne-Yo Live In Malaysia’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya malam tadi dengan disaksikan oleh 2,900 peminat yang hadir memenuhi dewan Plenary Hall KLCC, bermula jam 8:00 malam bagi melihat sendiri aksi lincah nan istimewa bintang terkemuka dari Amerika Syarikat, Ne-Yo yang dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions dan Happymoon.

KONSERT NE-YO

“Luar biasa! Ne-Yo menjangkaui semua ekspektasi dengan memberikan persembahan yang penuh energetik dan mengimbau nostalgia peminat muzik R&B di awal tahun 2000 yang turut menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka ketika zaman muda-muda dahulu.

KONSERT NE-YO

“Walaupun dewan konsert menyediakan tempat duduk, ini bukanlah penghalang bagi penonton untuk turut berdiri dan bergembira sepanjang berlangsungnya persembahan,” kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

KONSERT NE-YO

Malam konsert dimulai oleh Ne-Yo dengan persembahan bertenaga menyanyikan lagu paling hit ‘Miss Independent’ dan disusuli dengan ‘She Knows’, ‘Because of You’, ‘One In A Million’ dan lain-lain, kemudian beliau mempamerkan vokalnya yang mengasyikan melalui segmen akustik mendendangkan lagu ‘Do You’, ‘Mad’ dan ‘You Should Let Me Love You’, diikuti dengan beberapa segmen lain memberi kepelbagaian mood persembahan ketika konsert.

KONSERT NE-YO

Penonton di dalam dewan terpaku selama kira-kira 80 minit sepanjang berlangsungnya persembahan kerana tiada momen ‘idle’ dari Ne-Yo yang membawakan bukan sahaja lagu-lagu ciptaannya sendiri bahkan hasil ciptaan untuk artis-artis terkemuka yang lain mempamerkan sisi berbeza dirinya sebagai penulis lagu dan juga komposer berbakat.

KONSERT NE-YO

Menurut Encik Kesavan Purusotman yang mesra dengan nama KC, Pengasas Happymoon, “Kami memilih Ne-Yo kerana terdapat ‘fanbase’ yang besar di Malaysia, ramai  yang merindui lagu-lagu R&B nyanyian beliau dengan elemen hip-hop yang masih segar diingatan.

KONSERT NE-YO

“Kebolehan Ne-Yo berinteraksi dengan penonton juga amat menakjubkan kerana berjaya mengajak kesemua yang hadir untuk turut serta bernyanyi selain membawa kembali kenangan manis sewaktu di alam remaja.

KONSERT NE-YO

Akhiri Encik Rohit: “Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Happymoon kerana menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang diluar jangkaan dan semoga perhubungan ini berterusan dengan pelbagai lagi persembahan menarik dan istimewa, tidak lupa juga kepada rakan penaja kami Mola Chill Club (Rakan Digital), Shangri La (Rakan Hotel) dan Radio Rasmi – Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Melody FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shopee Jackie Chan

Wow! Sambutan Tahun Baharu Cina Tahun Ini Lebih Meriah di RTM

SAMSUNG

Samsung Menjadikan Sambutan CNY Anda Lebih Sempurna & Ceria