Konsert Mini Karnival 8TV Sempena Sambutan Pesta Kuih Bulan

Konsert Mini Karnival 8TV
(secara langsung)
Sempena Sambutan Pesta Kuih Bulan  Bersama Peminat!!!

TARIKH: 13hb September 2008 (Sabtu)
MASA: 9.00 Pagi – 9.00 Malam
LIVE di 8TV : 5.00 Petang – 6.00 Petang

Berita baik kepada semua peminat dan penonton kita! Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan, stesen TV paling hip di Malaysia, 8TV akan membawakan anda sesuatu yang seenak kuih bulan kegemaran anda. Kita akan membawakan Konsert Mini Karnival 8TV (Cina) yang juga akan disiarkan secara langsung dari Berjaya Times Square Boulevard pada sehari sebelum Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang jatuh pada 13hb September, hari Sabtu bermula jam  5.00 petang.

2846324870 610F1F6159 | 4

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim berkongsi pendapatnya tentang konsert ini, “Perayaan Pertengahan Musim Luruh ialah perayaan yang disambut semenjak 3,000 tahun lalu. Ia merupakan satu sambutan Timur Asia yang paling popular yang membawa simbol kekayaan yang berlimpah-limpah dan bersatu, sebab itulah kita mempersembahkan Konsert Mini Karnival (Cina) ini. Mari beramai-ramai, kita kumpulkan ahli-ahli keluarga  dan rakan kita, bersama menyambut hari yang mulia ini di Berjaya Times Square.”

“Demi memeriahkan lagi sambutan ini, kita telah menyediakan banyak hadiah untuk diagihkan kepada semua dan juga persembahan secara langsung oleh artis tempatan kegemaran anda. Sesiapa yang lebih gemar duduk di rumah, anda boleh menyaksikan persembahan secara langsung dari lokasi di 8TV. Sekarang, kumpulkan kuih bulan kegemaran anda dan buah limau besar dan berseronoklah menyambut perayaan ini,” tambah Kim.

Peminat dan penonton 8TV akan dapat menyaksikan artis tempatan kegemaran mereka seperti pemenang dan finalis Project Superstar 8TV contohnya Henley, Orange dan John. Penyanyi dan pencipta lagu yang amat berbakat Danny Wan juga akan mempersembahkan lagu dari albumnya yang terbaru di konsert ini. Salah seorang pendatang baru dari industri hiburan ini penyanyi Wu Jia Hui juga akan membuat persembahan.

Hos 8 E-News Gary Yap dan Natalie yang juga mengacarakan program Go Travel akan menyemarakkan konsert tahun ini sebagai pengacara bersama tahun ini. Sesiapa yang merupakan peminat Jeffrey yang bukan sahaja seorang model tetapi juga hos salah sebuah produksi Cina 8TV iaitu 8 Style bersama Ping Ping yang jelita disiarkan setiap Ahad, jam 1.00 petang. Dapatkan tips fesyen dari mereka semasa mereka berbincang tentang fesyen terbaru dan produk-produk kecantikkan. Para peminat 8 Style akan berasa amat seronok untuk menyaksikan mereka di konsert tahun ini.

Selain daripada itu, saksikan Yoon dan Phirence iaitu hos kepada program 8TV yang paling enak iaitu Ho Chak di konsert tahun ini. Juga, salah satu program terbaru 8TV iaitu program yang meriangkan Double, Triple or Nothing yang dihoskan oleh Dylan Liong juga akan berada di konsert sebagai salah seorang hos untuk memeriahkan acara ,ltahun ini.

Selain itu, Ken, Rickman, Mei Sim yang menghos program Go Go Go dan juga tidak lupa Desmond dari Unveil the Truth serta Cheryl juga akan berada di konsert tersebut. Jadi, bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan yang meriah dan harmoni ini bersama 8TV di Karnival Cina 8TV!

Peminat akan berasa teruja untuk mendapatkan tandatangan dan menikmati persembahan secara langsung oleh celebriti dan pengacara Cina 8TV kegemaran mereka. Barangan dan hadiah 8TV juga akan diagihkan. Jadi tandakan calendar anda dan mari ke Berjaya Times Square Boulevard pada 13hb of September 2008 atau tontonilah 8TV untuk menyaksikan konsert Siaran Secara Langsung jam 5.00petang. Selamat Menyambut Hari Kuih Bulan! 8TV juga disiarkan di Astro Saluran 708.

2845492873 27Feb367Bf | 5

2846325150 71161994Ab | 6

2846325276 0Fe00B41E5 | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NAK TIKET BAS FREE BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA TV3?

Penari Adam Corrie Lee Bertunang 17 September