in , ,

Konsert Minggu Ini SAAT MANIS FRANCISSCA PETER di RTM

Satu-persatu persembahan artis lama dan baharu mengambil tempat menghiburkan penonton dalam sebuah konsert terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberi tajuk “Konsert Mingu Ini”.

Pastinya orang ramai tertunggu-tunggu bilakah giliran artis kegemaran mereka pula bakal muncul dengan lagu-lagu menggamit nostalgia mahu pun lagu yang menjadi trending masa kini. Penyanyi tersohor, Francissca Peter kembali mengubat kerinduan peminat dengan menghadiahkan persembahan bertenaga dalam konsert diberi nama “Saat Manis… Francissca Peter” pada 25 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

poster KMI Saat Manis... Francissca Peter

Siapa yang tidak kenal penghibur yang satu ini. Lagu-lagu nyanyiannya malar segar hingga kini. Beliau bakal muncul dengan seleksi lagu-lagu hit seperti ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Aku Kehilanganmu’, ‘Si Kunang-Kunang’, ‘Olala Tropika’, ‘Setia’, ‘Hingga Akhir Waktu’ dan banyak lagi. 

Lebih manis menerusi konsert berdurasi sejam setengah ini, ia turut diserikan dengan penampilan istimewa artis Orang Asal, kumpulan Nyata iaitu Ramlan Koyok, Haing Alin dan Rudy. Manakala artis undangan pula bersama Jay Jay, Manan Ngah dan Habsah Hassan. 

Sama-sama bangkitkan memori indah bersama-sama lejen 80an ini di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Restoran Santan Buka Cawangan Kedua di Malaysia, Kini di Sunway Pyramid

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?