in ,

Konsert MARCELL SIAHAAN LIVE AT KLCC PLENARY HALL

Pada bulan Julai lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semusim, Marcell rasmi mengumumkan konsert tunggalnya yang bertajuk ‘Once in A Lifetime’. Konsert ini akan dilaksanakan di KLCC Plenary Hall, Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 September 2017 ini.

Frasa ‘Once in A Lifetime’ yang digunakan oleh Marcell sebagai judul konsert hadir bukan tanpa sebab. Konsert ini merupakan konsert tunggal pertama Marcell yang akan dibuatnya sekali dalam seumur hidup. Konsert ini juga diselenggarakan bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke 40 dan juga sebagai suatu pencapaian yang luar biasa setelah 15 tahun berkarya di dalam dunia seni suara. Konsert ini diproduseri oleh Marcell bekerjasama dengan Empire Live, VMC Music Indonesia dan Oleg Sanchabakhtiar dari Planet Design Indonesia.

Marcell

“Beberapa orang bertanya kepada saya, kenapa saya mahu terlibat dengan konsert Marcell ‘Once In A Lifetime’? Sederhana saja, kerana menurut saya, Marcell terbukti sukses membawa dirinya ke puncak kariernya dan sudah disebut sebagai seorang ‘Rising Legend’ dan saya ingin menjadi bahagian sejarah ini,”ujar Oleg Sanchabakhtiar.

Marcell akan membawakan 40 judul lagu terbaiknya dengan balutan muzik hasil racikan Pengarah Muzik Rishanda Singgih. Dalam konsert ini Marcell juga akan berkolaborasi dengan beberapa pemuzik ternama dari dalam dan luar negeri dan juga akan mempersembahkan 15 gimik istimewa untuk para penontonnya.

“Konsert ini merupakan konsert ucapan syukur atas ulang tahun saya yang ke-40, serta untuk karier saya yang genap 15 tahun. Ada rasa senang, bahagia, berdebar-debar, dan semua menari-nari menjadi satu” kata Marcell mengenai perasaannya tentang konsert ini. “Pencapaian selama 15 tahun dan usia 40 hanya akan terjadi sekali dalam seumur hidup.” Tambahnya lagi.

Konsert ini juga akan menyaksikan kemunculan penyanyi Malaysia iaitu Noh Salleh dan pemain saxophone iaitu Jimmy Sax.

Marcell ‘Once In A Lifetime’, apakah juga merupakan konsert terakhir dari Marcell?

Tiket-tiket boleh diperolehi di:
Ticket Box: Goers | www.goersapp.com
Airasiaredtix.com
Kiostix.com
Tiket.com

TIKET HOTLINE (CALL/WHATSAPP): AZLINA +60126771574 GANJAR +6281280809118

DAN BOLEH DIPEROLEHI DI KAUNTER TIKET DI TIKET BOX PLENARY HALL KLCC PADA 22 DAN 23 SEPTEMBER 2017.
Once in A Lifetime Official Website: www.marcellklcc.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem AMERICAN ASSASSIN

Pelancaran OST & Trailer Filem PINJAMKAN HATIKU