in , ,

Konsert Lefthanded Seruan X Datuk Ramli Sarip Tetap Diteruskan

Siapa yang tidak kenal dengan legasi rock era 80-an yang masih popular dengan lagu-lagu evergreenmereka, tidak lain tidak bukan iaitu Lefthanded!

Para peminat rock serantau sedia maklum, Lefthanded melalui banyak perubahan daripada segi anggotanya sejak ditubuhkan. Sepanjang perjalanan kumpulan ini, ada di antara anggota mereka sudah meninggal dunia seperti pemain gitar Samad (meninggal dunia pada Oktober 2008), pemain dram Man Dayak (meninggal dunia Mac 2016), dan vokalis pada album ‘live’ Nafas, Arab (meninggal dunia November 2016).

Terbaharu, kumpulan yang ditubuhkan pada tahu 1979 itu tampil di Malaysia Hari Ini (MHI) untuk mempromosikan Konsert Lefthanded Seruan yang akan diadakan di Capitol Theater Singapura pada 7 Mac 2020. 

Mewakili OG Offgrid Projects, sukacita kami maklumkan bahawa Konsert Lefthanded “Seruan” X Datuk Ramli Sarip, Live in Singapore akan berlangsung seperti dijadual. Tindakan kawalan dan langkah pencegahan mengikut polisi keselamatan sebagaimana piawaian yang ditetapkan akan dijalankan semasa penganjuran konsert di Capitol Theatre, Sabtu, 7 Mac, 2020. 

Peringatan kepada pemegang tiket untuk situasi COVID19 adalah seperti lampiran. Konsert dibawakan khas oleh OG Offgrid Projects.

Untuk maklumat lanjut, ikuti FB www.facebook.com/ogoffgridprojects/  atau instagram www.instagram.com/ogoffgridprojects/

Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas sokongan semua. Sehingga berjumpa, jaga diri dan kesihatan 🙂

LEFTHANDED "SERUAN" LIVE IN SINGAPORE PROCEED AS SCHEDULED

Konsert Lefthanded Seruan X Datuk Ramli Sarip

Malah, buat julung kalinya, menerusi konsert ini, Datuk Ramli Sarip turun padang selepas pembabitannya selama lebih kurang empat dekad. Idea menggandingkan band tersebut bersama Datuk Ramli Sarip dikatakan datang secara semula jadi memandangkan beliau memainkan peranan penting dalam evolusi band tersebut.

Persiapan untuk konsert telah dibuat sejak awal Disember lalu dan nampaknya mereka sudah bersedia dan tidak sabar untuk menemui peminat yang setia memberi sokongan kepada Lefthanded.

Datuk Nash dan Man Kidal yang hadir ke studio MHI turut mempersembahkan lagu Ku Di Halaman Rindu yang telah hampir berusia 38 tahun itu. 

Buat yang berminat untuk menyaksikan gandingan mantap Lefthanded dan Datuk Ramli Sarip, jangan lupa untuk dapatkan tiket segera di laman www.ogoffgrid.com.my.

LEFTHANDED "SERUAN" LIVE IN SINGAPORE PROCEED AS SCHEDULED
LEFTHANDED "SERUAN" LIVE IN SINGAPORE PROCEED AS SCHEDULED

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Todak Motorsports Sedia Platform Untuk Peminat Sukan Permotoran

ERA Lancar Kempen Pencarian Rapper Berbakat Dalam #RAPSTARERA