in

Konsert Koir Kebangsaan 2015: In Love with Rock

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memaklumkan bahawa Ketua Pengarah JKKN, YBhg. Datuk Norliza Rofli akan menghadiri Konsert Koir Kebangsaan 2015: In Love with Rock seperti di butiran berikut :-

Konsert Koir Kebangsaan 2015: In Love with Rock

Print

Penyampaian Hadiah Penghargaan bersempena kemenangan dua Pingat Emas untuk Koir Kebangsaan Malaysia di Festival Koir Antarabangsa Bali ke-4

TARIKH/: 5 & 6 Disember 2015 (Sabtu & Ahad) jam 8.30

TEMPAT: Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur

Menariknya pada konsert kali ini, Koir Kebangsaan Malaysia akan diuji dengan disiplin nyanyian yang lebih mencabar dan mengguji kemampuan kemampuan kumpulan ini dalam mengalunkan vokal harmoni mereka menerusi 26 buah lagu rock, seterusnya menghasilkan persembahan yang berkualiti.

Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan pergerakan, lakonan dan lontaran suara ahli Koir Kebangsaan ketika persembahan.

Program ini merupakan platform bagi bakat-bakat muda dalam bidang seni suara professional untuk mengembangkan sayap mereka ke peringkat yang lebih global dan selaras dengan perkembangan arus muzik semasa tanpa meminggirkan keaslian kumpulan koir itu sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP

Blog Featured | 16

Ulasan Penonton Premiere With Budiey – Filem JAGAT