in , ,

Intimate Concert with Ungu Live in Penang Dibawa oleh Menara Network

Konsert Intimate Concert with Ungu Live in Penang Dibawa oleh MENARA Network Sdn Bhd

Buat julung kalinya, kumpulan terkenal UNGU bakal datang ke Pulau Pinang untuk menghiburkan peminat Konsert Istimewa – ‘INTIMATE CONCERT With UNGU’ yang dibawakan khas oleh MENARA NETWORK SDN BHD. 

Selepas kejayaan ‘sold out’ konsert Ungu di Kuala Lumpur, pasti peminat tegar dari utara tanahair tidak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama menonton secara live di Setia Spice Arena, Pulau Pinang. 

Konsert yang dijadualkan pada 23 Jun 2024 ini bakal menampilkan lagu-lagu terkenal Ungu, antaranya Kekasih Gelapku, Andaiku Tahu, Percaya Padaku, Demi Waktu dan banyak lagi. 

Konsert Intimate Concert with Ungu Live in Penang Dibawa oleh Menara Network

Menara Network pernah menampilkan Setiaband bersama Charly di Setia Spice Arena dan konsert tersebut mendapat sambutan yang hangat serta ditonton oleh lebih 10,000 peminat muzik Indonesia. 

Pengarah Urusan Menara Network Sdn Bhd, Datuk Ab Razif Asmuni berhasrat untuk memberi kepuasan maksimum kepada penonton yang bakal hadir pada konsert Ungu ini. Kata beliau, terlalu banyak permintaan yang disuarakan oleh peminat Ungu untuk membawakan mereka ke Pulau Pinang. 

Antara kelainan dan kejutan yang bakal dirasai semasa konsert ini, para peminat bakal merasai lebih keintiman bersama Ungu sesuai dengan judul konsert – INTIMATE CONCERT with UNGU. Hanya yang hadir akan merasai keistimewaan konsert tersebut. 

Tiket telah pun mula dijual pada 25 Februari dan boleh didapati HANYA di TICKET2U di pautan layar – www.ticket2u.com.my/ungupenang 

Harga tiket bermula dari rm118, rm138, rm188, rm198 serta tiket VIP rm500 termasuk sesi bertemu Ungu secara live sebelum/selepas konsert. 

Tiket adalah terhad dan sila dapatkan sebelum kehabisan. 

Untuk sebarang informasi konsert, sila hubungi Menara Network di talian 019-4519288 & 019- 9729288 atau pun di platform-platform media sosial MENARA NETWORK. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Uji Bakat Pencarian Girl Group Anjuran Alternate Records & Talents

MELLY GOESLOW

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun