in , ,

Wah! Ada Konsert Gemilang Merdeka Lefthanded, Rusty Blade & Candy

Hanya tinggal 4 hari lagi, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Salam ambang merdeka buat semua pembaca semua Sensasi Selebriti. N

Nampaknya, banyak juga persembahan dan konsert akan diadakan sempena kemerdekaan negara. Antaranya showcase Konsert Gemilang Merdeka di Stadiun Nasional Bukit Jalil pada 1 September jam 8.30 malam menampilkan 5 buah kumpulan rock power giler katanya.

Konsert yang dianjurkan oleh Apex Entertainment Network ini kononnya mahu memartabatkan genre muzik rock dengan menampilkan kumpulan rock lagenda Rusty Blade dan Lefthanded. Juga kalau anda masih ingat pada sebuah kumpulan band rock wanita, Candy yang terkenal dengan lagu Akan Ku Tunggu, band terbaru AKU, band Royce Sayan dan Handy Black.

Konsert Gemilang Merdeka

Ini bukan konsert percuma ya, kerana tiket berharga RM103, RM53, RM33 & RM23 boleh dibeli di Axcess Ticket. Mau pergi ka? Fasha Sandha mungkin akan pergi kot dengan Hans Isac sebab diorang kan katanya sedang bercinta? D

alam Melodi Ahad lalu, gossip Fasha Sandha Hans Isac keluar kat tv3 masa majlis ulangtahun pertama wedding Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid kat hotel One World. Bukan main intim lagi Fasha Sandha dan Hans? Takkan hanya kawan kot?

Dah-dahlah bergossip, kembali pada tajuk asal kita pasal konsert ‘keras’ ni ya. Konsert yang hit banging ni akan menjadi platform untuk band dan kugiran rock yang underground indie atau i-bands ini untuk menonjolkan muzik dan kredibiliti mereka.

Sesuai atau tidak konser rock ini diadakan sempena kemerdekaan negara? Itu yang kita perlu fikir kerana muzik rock itu bukan budaya kita, realitinya rock itu adalah muzik dan budaya barat dan patutkah ini yang menjadi kegilaan remaja dan didedahkan untuk anak merdeka seperti anda?

Ya, ada yang kata muzik rock itu merupakan satu penjajahan minda dan seni muzik kita, betul ke? Muzik jazz gimana pula? Apa pun muzik yang anda suka, yang penting kita orang Malaysia yang bersatu padu.

Harapnya nak dekat dengan merdeka ini tiada lagi kejadian tak diingini atau yang pelik-pelik berlaku sepertimana ada manusia super dooper kreatif yang mencipta lagu Negarakuku seperti Namewewe atau aksi minah rempit buat benda yang lucah dan kurang sopan yang sekarang ni tengah hot di Youtube.

Bagaimana pula cara anda menyambut merdeka?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 20

Review RoomsDB.net – Rent A Room in Singapura & Kuala Lumpur

Hans Isaac | 21

Betul Ke Fasha Sandha & Hans Isaac Sedang Hangat Bercinta?