Konsert Gang Starz Pertama Malam Ini di TV3

Jam 9 malam ini, Gang Starz musim ke-2 kembali menemui para peminat dan penonton setia TV3! Sesi ujibakat yang dijalankan di 9 buah lokasi melibatkan 5 negara Asean sudah pun berakhir! Antara 12 kumpulan terpilih malam ini ialah D’Reborn (Indonesia), D’Raz (Indonesia), Paragon Child (Filipina), Brown Tone (Singapura), South Trio (Malaysia), Step (Thailand), PSG (Thailand), Faith (Singapura), 3.5 (Filipina), Akasia (Malaysia), One Nation Emcees (Malaysia) dan 3 Voices (Indonesia).

Jom berkenalan dengan 12 kumpulan hebat yang terpilih dari Indonesia, Singapura, tuan rumah – Malaysia serta Thailand dan Filipina, yang pertama kali bersaing di dalam pertandingan realiti tersohor di negara ini! Gang Starz akan dihoskan oleh Fara Fauzana dan Faizal Tahir.

Bersiaran dari Dewan MBSA, Shah Alam (berdekatan Hotel Quality/Dataran Shah Alam), korang boleh datang sebab masuk adalah PERCUMA!

Baru-baru ini di One Utama, Damansara Utama, majlis sidang akhbar diadakan memperkenalkan 12 kumpulan ini. Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 yang menyifatkan kesemua kumpulan kali ini mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

“Kami gembira kerana usaha TV3 mengetengahkan program ini terbukti membuahkan hasil apabila lebih ramai bakat baru dari pelbagai negara Asia mencuba nasib mereka. Malah hadiah wang tunai US$100,000 serta berpeluang menjadi artis rakaman telah melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang hebat.”

Saksikan persembahan istimewa dari setiap kumpulan yang bakal mencetuskan ’kegilaan’ dan fenomena unik untuk Gang Starz musim kedua ini! 

[tags]gangstarz, D’Reborn, D’Raz, Paragon Child, juara gangstarz 2, Brown Tone, South Trio, Malaysia, Step, Thailand, PSG, Faith gangstarz, 3.5, filipina, Akasia gangstarz Malaysia, One Nation Emcees Malaysia, 3 Voices[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet

MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG