in , ,

Konsert Faztival Fazura 2022 Dikhaskan Untuk Peminat 

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan yang akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia, khas untuk para peminat dan penyokong beliau.

Nur Fazura atau lebih dikenali mesra sebagai Faz rasa bersyukur dan teruja kerana dapat menghimpunkan ramai nama besar untuk konsert ini yang yang juga merupakan penyanyi dan kumpulan muzik terkemuka kegemaran beliau. 

“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang.” kata Fazura semasa ditemui di majlis sidang media ‘FAZTIVAL FAZURA 2022’ di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. 

Konsert Faztival Fazura 2022 Dikhaskan Untuk Peminat

Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk meraikan para peminat Fazura yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya beliau dan juga rangkaian produk jenama Fazura yang diasaskan oleh beliau termasuk hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty, dan rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous. 

Konsert ini juga dianjurkan untuk meraikan para stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menunjukkan pencapaian yang terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura. Mereka merupakan nadi dalam menggerakkan program Fazura Rewards, di mana pelbagai barangan eksklusif dapat ditebus menggunakan mata ganjaran yang dikumpul. 

“Konsert ini bakal ditunjangi oleh dua penyanyi luar negara yang tidak asing lagi dari Indonesia, Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani berserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi untuk membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura 2022 ini.” jelas beliau. 

Konsert Faztival Fazura 2022 Dikhaskan Untuk Peminat

Selain penyanyi dari Indonesia, konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil juga mengemukakan nama-nama terkemuka tempatan seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Konsert gilang- gemilang tersebut juga bakal diserikan dengan persembahan dari kumpulan Ruffedge Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi pada malam Ahad tersebut. 

“Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki, kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura.” 

“Selain dari persembahan hebat dari para artis yang Faz kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert ini kelak, Inshaa-Allah. Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, Inshaa-Allah,” tambah Fazura lagi. 

Konsert Faztival Fazura 2022 ini diuruskan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147 melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my atau talian hotline WhatsApp di +6 019 9919 055. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Buds2 Pro: Bunyi Padu dengan Fon Telinga Untuk Keselesaan

Pengasas Noir, Eriyca Baiduri Nafi Kahwin Suami Kerana Duit Semata-Mata