in ,

Konsert ERA FM Sayang Sabah Dapat Sambutan Hangat

Para penonton ibarat dipukau seketika sewaktu menyaksikan persembahan-persembahan bertenaga oleh artis-artis yang terlibat di Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip pada Sabtu lalu bertempat di 1 Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum memulakan acara konsert pada malam tersebut, pihak ERA fm Sabah telah memilih bebrapa pemenang bertuah melalui ERA fm Sabah untuk sesi beramah mesra bersama barisan penyanyi yang membuat persembahan pada malam Konsert ERA fm Sayang Sabah bertempat di Rafflesia Chicken Hut di Kompleks Karamunsing.

Budiey

[pullquote align=”right”]Seramai 10, 000 Orang Banjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah dan rata-rata pengunjung yang hadir rasa sangat terhibur dengan persembahan Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam.[/pullquote]

Sekali lagi pada tahun ini, ERA fm Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila hampir 10, 000 orang menbanjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah pada malam tersebut! ERA fm Sabah sebagai penganjur konsert tersebut berjaya menggabungkan satu tenaga dalam pelbagai bentuk persembahan dan genre muzik sewaktu sebagai simbolik sambutan ulangtahung ke – 3 mereka bersama – sama barisan penyanyi popular dalam dan luar negara seperti Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam.

Acara bermula dengan pembukaan pentas oleh penyampai-penyampai ERA fm seperti Aril dan barisan penyampai ERA fm Sabah Ily, Christ, BeeBay, dan Jay Jay yang menghidupkan pentas pada malam tersebut. Penyanyi yang berasal dari Sarawak, Candy merupakan penyanyi pertama pada malam konsert tersebut yang menyampaikan 2 buah lagu bertajuk Semalam dan Good Times dengan penuh lincah.

Seterusnya, penyanyi muda dan berbakat Dj Fuzz bersama sama sahabatnya W.A.R.I.S dan Juzzthin menghangatkan pentas Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip dengan mempersembahkan tiga buah lagu popular mereka seperti Kito Monang, Rembau Most Wanted, Botingkek dan gabungan hebat lagu – lagu Ritma Merdeka/Cypher Anthem Medly/100 % dalam rentak yang rancak. Teriakan orang ramai membuatkan pentas malam itu sangat meriah!

Paling menarik, Mark Adam muncul di atas pentas dengan memberikan ucapannya dalam Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung membuatkan peminat-peminatnya teruja dan teriak gembira! Penyanyi yang berasal dari Filipina ini menyanyikan empat buat lagu seperti Day Light (Marron 5), Sandiwara Cinta, Si Katak (Lagu baru) dan tidak lupa lagu yang menjadi siulan orang ramai berjudul Pencuri. Persembahan diteruskan lagi dengan penyanyi yang cukup popular dengan persembahan santainya. Awi Rafael, menyanyikan empat buah lagu berjudul Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta, Betterman, Kalau Aku Kaya (bersama Altimet) dan Derita Ini Membunuhku yang turut menggamit perhatian penonton.

Pentas Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip menjadi hangat apabila Altimet mengambilalih pentas dengan menyampaikan lagu-lagu rancak dan menjadi trend masa kini berjudul Havoc. Selain itu, Altimet turut menyampaikan lagu lagu popularnya seperti Kotarayaku, Bangkit, dan Cantik.

Sementara orang ramai menunggu persembahan dari Judika, juara Akademi Fantasia 2014 Faizul, menyampaikan lagu- lagu seperti Sayang Kinabalu, Harus Terpisah, dan Sepasang Sayap.
Kata Syazlee Zalsyam Zakaria (Uno), selaku Pengurus Operasi Astro Radio Sabah,

“Kami berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh penonton terutamanya penduduk Sabah. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada pihak media yang hadir bagi membuat liputan berkenaan Konsert ERA fm Sayang Sabah. Saya percaya, persembahan pada malam tersebut ternyata memberikan kepuasan kepada semua penonton yang hadir. Pelbagai gaya persembahan menarik dan bertenaga serta genre muzik yang telah dipersembahkan oleh artis – artis hebat sebagai memenuhi citarasa orang ramai. Di harapkan pada masa akan datang, kami dapat mengekalkan prestasi yang telah dilakarkan seperti sebelum – sebelum ini.”

Sebagai penutup acara Konsert ERA fm Sayang Sabah, pihak ERA fm Sabah mengambil keputusan untuk melakukan gimmick dengan menyatakan bahawa Judika tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana masalah kesihatan. Suasana bertukar menjadi gelap dan bingit dengan jeritan nama Judika! Jesteru itu, secara tiba-tiba Judika muncul dalam kegelapan dengan penuh gembira apabila melihat ribuan penonton membanjiri kawasan 1Borneo Gourmet Kota Kinabalu pada malam itu!

Kata Judika pula:

“Saya pertama kali ke Sabah. Ini sejarah yang tidak akan saya lupakan kerana melihat lautan penonton dihadapan saya menyanyikan lagu-lagu saya sendiri bersama sama peminat di Malaysia. Biarpun pertama kali diterbangkan ke Kota Kinabalu Sabah , saya amat gembira apabila diberi peluang beraksi di pentas yang cukup bermakna dan menyampaikan lagu-lagu saya seperti Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku, Aku Yang Tersakiti , dan dua lagu yang dipopularkan oleh idola saya sendiri Amy Search, berjudul Tiada Lagi dan Issabella. Warga Sabah memang sangat ‘sporting’ dan ‘happening’. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di Malaysia terutamanya kepada radio ERA fm yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memainkan lagu – lagu saya .Malam yang cukup bersejarah ini akan saya lakarkan sebagai kenangan terindah dalam hidup saya.”

Secara keseluruhannya, Kosert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip telah memberikan kepuasan kepada seluruh warga Sabah dengan persembahan-persembahan artis yang mantap!

Jom tengok gambar-gambar menarik sekitar konsert berlangsung:

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Konsert ERA FM Sayang Sabah Dapat Sambutan

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dakota Fanning & Tom Odell Models Koleksi UNIQLO’s Spring 2014

Gambar Sekitar Fly FM & Hot FM Be A Star Meraikan Media