in

Info Tentang Konsert Dua Cinta 2018

Jika sebelum ini, kita sudah menyaksikan Konsert Dua Cinta di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menampilkan Hijjaz, UNIC, Al Manna dan Da’i Izzhar begitu menghiburkan dan meriah, kali ini sekali lagi Al Manna Event Management membawakan Konsert Dua Cinta dengan konsep yang lebih moden dan ‘glokal’.

Penampilan kali ini bukan biasa-biasa apabila banyak lagi selebriti akan berada di dalam satu konsert mega, bukan sahaja dari industri nasyid, malahan dari ‘mainstream’ turut membuat persembahan.

Berhibur Sambil Menderma

Konsert yang turut mendapat kerjasama baik dari Majlis Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Global Ehsan Relief ini akan diadakan pada hari Sabtu, bersamaan 17 November 2018 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM.

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert yang akan bermula pada jam 8 malam ini akan menampilkan barisan selebriti tersohor negara; Hyper Act, Raihan, Caliph Buskers, Lah Ahmad, Al Manna, Fadzli Aziz dan akan dihoskan oleh Da’i Izzhar. Pelbagai lagu hit mereka akan dipersembahkan pada malam tersebut dan diselang-selikan dengan bingkisan dan ‘sharing moment’ bersama Fadzli Aziz dan Da’i Izzhar.

Konsert Dua Cinta kali ini lebih mengetengahkan tentang ‘humanitarian’ dalam mengasimilasi cinta Pencipta dan Cinta ciptaan Pencipta. Di samping akidah yang mapan di dalam hati seseorang kepada Allah, dia turut merasakan cinta dan tanggungjawab terhadap ciptaanNya. Ini yang ingin disampaikan kepada semua hadirin yang hadir dalam konsert ini nanti.

Jika sebelum ini, kita sudah menyaksikan Konsert Dua Cinta di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menampilkan Hijjaz, UNIC, Al Manna dan Da’i Izzhar begitu menghiburkan dan meriah, kali ini sekali lagi Al Manna Event Management membawakan Konsert Dua Cinta dengan konsep yang lebih moden dan ‘glokal’.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Tiket sudah pun mula dijual dengan harga RM15 bagi Normal Pass dan RM50 bagi VIP Pass. Untuk VIP Pass, tiket hanya akan dijual untuk 300 tempat duduk paling depan sahaja dan berpeluang bertemu dengan barisan selebriti yang membuat persembahan pada malam itu semasa sesi ‘private meet & greet’ selepas konsert berakhir.

Anda boleh menghubungi Cik Eyda di 018-9064014 ataupun Cik Fieqah di 011-61692196 untuk pembelian. Kaunter tiket akan dibuka di bilik gerakan CFest bangunan HEP bermula 12 November ini sehinggalah hari konsert tiba. Kepada anda yang ingin walk-in juga sangat dialu-alukan kerana kaunter tiket turut akan dibuka di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Sebahagian hasil jualan tiket konsert ini akan diberikan kepada Tabung Aktiviti Majlis Persatuan Mahasiswa USIM dan Global Ehsan Relief. Tabung bantuan Global Ehsan Relief turut akan diedarkan sepanjang konsert berlangsung moga-moga dengan sedikit sumbangan ini mampu mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Harapan dari pihak penganjur bukan sahaja anda yang hadir dapat berhibur dengan persembahan-persembahan yang memukau, malahan dapat juga mengambil mutiara- mutiara ilmu dari penyampaian itu selain daripada dapat membantu insan yang sangat membutuhkan ketika ini. Semoga segala usaha ini dikira sebagai usaha mendekatkan manusia ke jalan Allah insya Allah.

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Konsert Dua Cinta 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar, Noryn Aziz & Siti Sarah Bergabung di Konsert Soul Sisters 2019

Netflix Unveils 17 New Originals From Asia