in , ,

Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 Uji Kemampuan Vokal

Semalam, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya. Seperti yang umum ketahui, konsert ini diadakan untuk meraikan ulangtahun penglibatan penyanyi nombor satu negara ini dalam bidang seni yang disambut setiap kali menjelang 1 April. Jadi pada April 2015 dianggap sebagai bulan permulaan kerjaya seninya untuk tahun ke-20. Tahniah Budiey ucapkan kepada Dato’ Siti Nurhaliza di atas pencapaian yang membanggakan setakat ini.

Konsert malam tadi pecah panggung. Penuh. Hebat penangan konsert one night only ini sehingga tiket habis dijual dalam masa yang cukup singkat. Yelah, bukan selalu Dato’ Siti mengadakan konsert akustik seperti ini. Malah, katanya, Dato’ Siti mengambil masa dua minggu sahaja untuk berlatih dan buat persiapan apa yang patut untuk konsert ini.

Kalau ditanyakan tentang konsep unplugged ni, Budiey memang suka konsert seperti sebenarnya sebab muziknya tidak bergema dan tidaklah bising sangat. Yang penting, apa yang Budiey nak dengar adalah pantulan vokal hebat dari penyanyi ini.

Sebagai satu penghargaan buat mereka yang sudah bekerjasama dengan beliau, Dato’ Siti mengundang dua orang komposer dan penyanyi terkenal iaitu Faizal Tahir dan Awi Rafael untuk bersama beliau di pentas bermain gitar membawa lagu ciptaan masing-masing. Awi Rafael muncul sempoi kasual untuk bermain gitar mengiringi lagu Mula & Akhir. Manakala Faizal Tahir pula muncul semasa persembahan lagu Aku yang mana kedua-dua lagu ini dimuatkan dalam album FRAGMEN yang memenangi trofi Anugerah Album Terbaik AIM yang lalu.

Ternyata, keseluruhan pemilihan lagu sangat best. Budiey cukup berpuas hati dengan semua lagu yang disampaikan. Senarai lagu yang disampaikan ialah:

  1. Membunuh Benci
  2. Medley Mahligai Asmara & Satu Cinta Dua Jiwa
  3. Medley Jawapan Di Persimpangan, Purnama Merindu, Diari Hatimu
  4. Medley Aku Cinta Padamu, Biarlah Rahsia
  5. Mula & Akhir
  6. Medley Intriq Cinta & Tanpa Kalian
  7. Medley Usah Diragui, Wajah Kekasih, Kau Kekasihku
  8. Medley Aku & Warna Dunia
  9. Medley Jerat Percintaan & Azimat Cinta
  10. Medley Epilog Cinta dari Bromley & Suratan Atau Kebetulan
  11. Medley Engkau Bagaikan Permata & Cahaya Seribu Liku
  12. Medley Sanubari, Terbaik Bagimu, Kau Sangat Berert
  13. Jaga Dia Untukku
  14. Lebih Indah
  15. Bonus: Seluruh Cinta

Terbaik dan hebat. Itu yang boleh Budiey katakan. Lagu yg mengundang senyum, mengimbau memori, rasa cinta, rindu, airmata, cemburu, gembira, ketawa dan duka. Pendek kata semua rasa ada datang bertandang ketika diulit dengan lagu-lagu nostalgia. Medley paling best bagi Budiey masa medley Usah Diragui, Wajah Kekasih & Kau Kekasihku. Mainan vokal yang cukup hebat dari Dato’ Siti. Budiey rasa nak tengok lagi malam esok ehhh. Haha, mana ada la kan. Kalau dibuat lagi, sudah tentu akan dapat sambutan yang serupa.

Kalau nak diberi bintang, pastinya Budiey akan berikan bintang penuh. 10/10 bintang

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam konsert ini.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DENIS CHAIRIS Bakal Perform di Siri Jelajah Pentas BEST FM 2015

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Raih 5.5 Juta Penonton