in ,

Konsert CNBLUE LIVE Can’t Stop in Kuala Lumpur 2014

cnblue

Berita baik buat Boice Malaysia, semalam Budiey mendapat perkhabaran gembira untuk semua, kumpulan CNBLUE akan terbang lagi ke Malaysia untuk konsert terbaru mereka, CNBLUE LIVE – Can’t Stop in Kuala Lumpur 2014. Jom jerit sama-sama nak? YEAY! Impian ini sudah pasti tidak terlaksana jika ia tidak direalisasikan oleh IME Productions sebagai penganjur.

Setelah konsert pertama pada bulan Ogos tahun lalu, kini pastinya ramai yang merindui kedatangan CNBLUE sekali lagi ke Kuala Lumpur. Tak sampai setahun rasanya. Budiey masih ingat, konsert pertama mereka, ‘Blue Moon’ World Tour 2013 yang telah menyaksikan puluhan ribu peminat CNBLUE berhimpun buat pertama kalinya.

CNBLUE

[pullquote] NBLUE LIVE – Can’t Stop di Kuala Lumpur 2014 bakal berlangsung pada 9 Ogos (hari Sabtu), jam 7. 30 malam di Stadium Negara Kuala Lumpur. Konsert ini adalah sempena pelancaran album kelima mereka berjudul ‘Cant Stop’ dan pastinya CNBLUE akan menyanyikan lagu terbaru mereka.[/pullquote]

Terkenal dengan prestasi tinggi dan persembahan cukup bertenaga di pentas, CNBLUE sudah pasti salah satu band yang paling menonjol dalam industri muzik Korea. Kumpulan yang popular dengan single ‘Cant Stop’ ini terdiri daripada vokalis dan pemain gitar, Jung Yong Hwa, pemain gitar dan vokalis, Lee Jong HyunKang Min Hyuk sebagai drummer dan pemain bass Lee Jung Shin.

Konsert NBLUE LIVE – Can’t Stop di Kuala Lumpur 2014 bakal berlangsung pada 9 Ogos (hari Sabtu), jam 7. 30 malam di Stadium Negara Kuala Lumpur. Konsert ini adalah sempena pelancaran album kelima mereka berjudul ‘Cant Stop’ dan pastinya CNBLUE akan menyanyikan lagu terbaru mereka.

Empat anak muda ini memulakan kerjaya muzik mereka pada tahun 2010 dengan melancarkan EP ‘Bluetory’. Sejak itu , mereka telah memenangi anugerah muzik banyak pada muzik mengungguli carta-carta muzik di Korea Selatan.

Pelancaran tiket konsert CNBLUE Live – Can’t Stop 2014′ akan diadakan pada 17 Mei (hari Sabtu) bertempat di ruang legar Sungei Wang Plaza dari jam 5 petang hingga 9 malam. Bagi 1000 pembeli pertama berpeluang mendapatkan poster eksklusif – siapa cepat dia dapat!

Pelancaran Tiket Konsert CNBLUE LIVE Can’t Stop in Kuala Lumpur 2014

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke acara pelancaran tiket, boleh membeli tiket melalui TicketCharge bermula dari 17 Mei (hari Sabtu).

Sementara jualan tiket di outlet-outlet terpilih seperti kedai muzik Speedy, Rock Corner, pusat muzik Victoria muzik, NEWAY Karaoke bermula pada 19 Mei ( Isnin) atau boleh menghubungi TicketCharge Hotline (603) 92228811 atau IME Productions di (011) 23166198 untuk pembelian tiket.

Berikut Harga tiket untuk ‘Konsert CNBLUE Live – Can’t Stop 2014’ di Kuala Lumpur :

• VVIP – RM588 (nombor tempat duduk )
• Zon Rock – RM548 (berdiri)
• VVIP 2 – RM548 (nombor tempat duduk )
• PS1 – RM488 (nombor tempat duduk )
• PS2 – RM388 (nombor tempat duduk )
• PS3 – RM288 ( tempat duduk bebas)
• PS4 – RM188 ( tempat duduk bebas)

Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/imepmy atau facebook rasmi CNBLU http://facebook.com/CNBLUEOfficial.

SEAT-PLAN_CNBLUE

CNBLUE “2014 CNBLUE LIVE – CAN’T STOP” IN KUALA LUMPUR

Following the much awaited release of their 5th mini album “Can’t Stop”, CNBLUE will be embarking on their new concert tour “2014 CNBLUE LIVE – Can’t Stop” in Kuala Lumpur on August 9th (Saturday), 7:30p.m. at Stadium Negara Kuala Lumpur, organized by IME Productions.

CNBLUE’s 2013 “Blue Moon” World Tour started in April 2013 and ran through major cities in 13 countries attracting over 120,000 fans! The World Tour garnered spectacular reviews throughout Asia, North America, South America and Oceania.

Known for their high-energy performance, CNBLUE is undoubtedly one of the most prominent band in Korea’s music industry. Comprised of lead vocalist and guitarist, Jung Yong Hwa, guitarist and vocalist, Lee Jong Hyun, drummer Kang Min Hyuk and bassist Lee Jung Shin, they debuted in 2010 with the EP “Bluetory”. Since then, they have won countless music awards on South Korea’s music chart shows.

IME Productions is the lead promoter of “2014 CNBLUE Can’t Stop Live” in Kuala Lumpur. Ticket launch will be held on May 17th (Saturday) Sungei Wang Plaza concourse area from 5p.m. till 9p.m. First 1000 purchasers come together with an exclusive giant concert poster, first come first serve.

For those people who can’t make it to ticket launch, they can purchase ticket via TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) starting from May 17th (Saturday) after 10p.m. Ticket outlet sales will begin on May 19th (Monday), please visit to TicketCharge office, Speedy music store, Rock Corner music store, Victoria music center, Neway Karaoke outlet and Celcom blue cube outlet or may call TicketCharge hotline (603)92228811 or IME Productions at (011)23166198 for ticket purchase.

Ticket prices for “2014 CNBLUE Live-Can’t Stop” concert in Kuala Lumpur as below:-

• VVIP – RM588 (number seat)
• Rock Zone – RM548 (standing)
• VVIP 2 – RM548 (number seat)
• PS1 – RM488 (number seat)
• PS2 – RM388 (number seat)
• PS3 – RM288 (free seating)
• PS4 – RM188 (free seating)

For further information, please log on to IME Productions official Facebook (www.facebook.com/imepmy ) or CNBLUE official Facebook (http://facebook.com/CNBLUEOfficial).

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Segmen Mesej Dari Penjara Rai Hari Ibu

ntv7 Siar Once Upon A Time In Wonderland