in , ,

Konsert Anuar Zain, BCL & Yuka di Planery Hall KLCC

Walaupun kaki masih sakit gara-gara hiking & jalan-jalan di Lombok, tetap gigih ni hadir di Sidang Media Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka – Live in Concert. Konsert bakal berlangsung pada 28 April 2018 di Plenary Hall KL Convention Centre.

Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka - Live in Concert

Nantikan video temubual di Youtube Budiey.com dan ig story.

Tahun 2018 ni masih tak banyak konsert diadakan. Apatah lagi konsert yang menggabungkan tiga orang penyanyi seperti ini. Lebih dahsyat apabila konsert ini mencantumkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Baguslah konsert macam ni diadakan sekurang-kurangnya mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Tentunya, ini adalah kali pertama mereka digabungkan di atas sebuah pentas.

Mungkin ramai yang belum mengenali Yuka yang turut menjadi penganjur di bawah naungan syarikat beliau iaitu Kharisma Entertainment Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Indonesia yang berkahwin dengan orang Malaysia. Yuka yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi LOVE SUPERMOON ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

Penganjur konsert ini menjanjikan kepuasan kepada semua peminat yang membeli tiket ini.

Lokasi dipilih adalah untuk menjadikan konsert ini lebih intimate dan satu lokasi yang berprestij.

Ini dipersetujui oleh Anuar Zain yang mengandaikan konsert ini masa yang sesuai untuk mendekati dan hubungan bersama peminat itu sangat penting.

Kos untuk konsert ini tidak dapat di war-warkan memandangkan sekarang ini promosi sedang giat dijalankan.

Konsert ini berlangsung berdurasi fua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal menerbangkan kumpulanya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain dan Yuka akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan, tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai pengarah muzik.

Kepada peminat yang tak sabar menantikan konsert ini, bolehlah beli tiket yang mulai dijual pada hari ini (31 Januari) dengan harga RM2199 (intimate), RM1599 (platinum) RM 588 (diamond) Rm488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Serentak dengan pengumuman konsert, Yuka turut mengambil peluang untuk melancarkan album terbarunya yang berjudul #1. Album Yuka ada 8 lapan buah lagu ini menyaksikan kerjasama Yuka dan Pay, komposer Indonesia bersatu menjadi produser untuk album ini.

“Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini. Album ini mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertama. Lagu ini ditulis dan digubah secara keseluruhannya oleh saya.”

Berita haik untuk pembeli tiket konsert. Bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi-penyanyi
kesayangan mereka malah terdapat enam cabutan bertuah akan disediakan. Pembeli tiket bertuah akan memenangi iphone 8! Bukan satu tetapi lima cabutan bertuah untuk mereka.

Dan semestinya hadiah utama yang diberikan buat seorang pembeli tiket bertuah yang merupakan skuter!

Untuk pembeli tiket intimate, mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP.

Manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP.

Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari

Konsert ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Apa Yang Menarik di Foodmarket – Gedung Satu Hentian Makanan Kampung

Ini Dia Calon-Calon Anugerah DFKL 2018