in ,

Komen Linda Tentang ‘Cinta’ Fahrin

Hari ini, telah keluar ‘statement’ Linda Onn di ruangan Hip – Berita Harian

Hip: Apa sebenarnya status Linda dan Fahrin ketika ini sebab ramai yang keliru sekarang ini?

Linda: Kami masih lagi berkawan macam dulu. Tidak ada apa yang berlaku cuma kami sudah lama tidak berjumpa dan berhubung. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerjaya. Saya sibuk dengan tugas di studio dan juga perniagaan yang saya jalankan manakala dia pula sibuk di lokasi. Jadi perkara seperti ini membataskan hubungan kami.

Hip: Komen mengenai cerita kononnya Linda dan Fahrin sudah putus cinta?

Linda: Sejak awal lagi sudah saya nyatakan antara saya dan Fahrin hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak pernah bercinta. Jadi apabila orang bertanyakan apakah benar kami sudah berpisah, saya sendiri hairan kerana bila masa pula saya dan dia putus cinta sedangkan kami tidak pernah bercinta. Malah sejak kami mula berkawan lagi saya tidak pernah membuat pengakuan kepada sesiapa yang kami adalah pasangan kekasih. Antara kami memang tidak wujud perasaan kasih, sayang dan cinta.

Hip: Selama berkawan dengan Fahrin, takkanlah tidak terdetik di hati mengatakan bahawa lelaki itu adalah jodoh Linda?

Linda: Sepanjang persahabatan saya dengan Fahrin, kami tidak pernah membincangkan perkara itu (jodoh). Kami berkawan seperti saya berkawan dengan orang lain. Dia seorang lelaki yang baik dan saya senang berkawan dengannya. Mungkin takdir menentukan bahawa Fahrin bukan jodoh saya dan kami lebih sesuai untuk menjadi sahabat. Dan sebagai hamba-Nya, saya terima apa yang terbaik buat saya.

Hip: Dalam temu bual bersama Hip, Fahrin ada mengatakan yang usia seperti Linda sudah sepatutnya berumah tangga. Apa komen Linda?

Linda: Buat pengetahuan semua, saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga. Cuma jodoh saja belum ketemu. Dan saya sentiasa berdoa semoga diri ini bertemu dengan lelaki yang memang saya idam-idamkan. Kalau betul jodoh sudah tiba, biarlah lelaki itu seorang yang lengkap solatnya, mempunyai iman yang kuat, menyayangi Linda dan keluarga serta tidak mengasari saya. Dan Linda cukup bertuah kerana keluarga Linda begitu memahami keadaan Linda dan tidak pernah mendesak. Malah mereka turut mendoakan supaya saya bertemu dengan lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Hip: Ada dakwaan mengatakan, Linda menjadikan Fahrin sebagai ‘social escort’ saja untuk menemankan Linda ke sana, ke mari. Betulkah?

Linda: Oh! Tidak langsung. Saya tidak pernah berniat sebegitu. Persahabatan kami berlandaskan kepada keikhlasan. Apabila anda melihat kami keluar bersama itu maknanya hubungan kami sama seperti mereka yang mempunyai kawan iaitu keluar bersama-sama dan bukannya untuk menjadi bahan ‘tayangan’ seperti yang didakwa. Saya bukan orang seperti itu.

[tags]linda onn, putus cinta, fahrin ahmad, online currency trading, seks, bogel, naked, dia datang movie, eisha, imuda, PI MAI PI MAI TANGTU, semputman, shukery hashim, ac mizal, sundal, anak haram, filem lucah, gadis gedik, anak anak saida, angel eyes, bila bunga berguguran, bmw cars[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Setelah Putus Cinta dengan Linda Onn

Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama