in

Koleksi Video Persembahan Anuar Zain Secretaries Week 2012

Budiey rasa teruja di tahap maksima tatkala dihubungi oleh penganjur Anuar Zain Secretaries Week 2012 yang menjemput Budiey di saat akhir. Lagi 5 jam je kot persembahan Anuar Zain Secretaries Week bakal dilangsungkan, Budiey tidak pandai untuk menolak dan berkata tidak. Ya, mahu sahaja hati ini menolak pelawaan untuk buat liputan di majlis tahunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan alasan masih sibuk untuk pindah rumah. Tapi itulah, aura figura yang makin melebar ini sangat kuat terjejak dalam ruang diri kerana dia sangat eksklusif. Dan semua Budieyators pun tahu yang Budiey adalah peminat lagu-lagu Anuar Zain. Ya, usah berkata tidak kerana Anuar Zain Forever. Hahaha… so, never say never!

Ya, semua orang tahu, Anuar Zain seorang yang perfectionist. Cerewet dia pun bertempat sebab dia mahu yang terbaik. Budiey rasa sifat kesempurnaan itulah yang menjadikan Anuar Zain seorang ikon yang disegani. Selain nilai eksklusif yang diterapkan, Anuar Zain juga mahu memuaskan hati peminatnya.

Namun, apa yang berlaku tak seperti yang kita jangka. Munculnya penyanyi bersuara lantang ini di pentas di ruang dewan yang luas dalam keadaan yang tak berapa sihat di mana suara beliau agak garau gara-gara mengalami sakit tekak.

Kesannya, beberapa lagu nyanyian beliau agak tak berapa sempurna di mana agak susah untuk membawa lagu-lagu yang tinggi. Apa-apa pun, peminat yang hadir tak memandang segala kelemahan yang tak disengajakan itu kerana memahami situasi yang melanda Anuar.

Anuar kelihatan berjaga-jaga agar vokalnya tidak lari dari landasan asal dan Budiey rasa Anuar dah lakukan yang terbaik. Syabas untuk Anuar.

Persembahan selama 1 jam itu menyaksikan jejaka kacak idaman Malaya ini menyampaikan lagu-lagu popularnya serta lagu daripada seorang ikon terkenal yang baru sahaja pergi iaitu Whitney Houston.

Persembahan Anuar Zain di petang 10 April 2012 itu diiringi oleh pemuzik handalan dan juga ditemani penyanyi latar termasuklah penyanyi tersohor Adibah Nor.

Budiey tak nak cerita panjang tentang lagu yang dinyanyikan sebab Budiey mahu korang semua tonton video yang Budiey rakam kat bawah ni. Layan je la ye.

Lawak Pelawak Sepah 2 di Anuar Zain Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi KEABADIAN CINTA & SESUCI CINTAMU

Anuar Zain siang-siang lagi meminta maaf kerana suaranya agak garau dan serak sebab demam. Tapi kami tetap enjoyz!

Anuar Zain Nyanyi Lagu SURIA & SIARA di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi MUNGKIN di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi KETULUSAN HATI di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi KAULAH SATUNYA di Secretaries Week 2012

Anuar Zain HANYA MILIKMU di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi Lagu PERMATA di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi AJARI AKU di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi LELAKI INI di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi BILA RESAH di Secretaries Week 2012

Anuar Zain Nyanyi Lagu Dato’ Siti Nurhaliza & Adele

Anuar Zain Featuring Adibah Noor Tribute Whitney Houston

Anuar Nyanyi CINTA HARUS MEMILIKI di Minggu Setiausaha 2012

Anuar Zain Nyanyi Lagu KU BERJANJI KERNA CINTA

Anuar Zain Nyanyi Lagu SEDETIK LEBIH di Minggu Setiausaha 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Yana Samsudin di Karpet Merah ABPBH2011

Aaron Aziz Berjaya Dapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia