in ,

Koleksi Gambar Mila Akademi Fantasia 5 Tubuh LuvMila

Bintang yang menyinar dari gelaran juara Akademi Fantasia musim ke-5, Mila atau pun Nursyamilla Jirin terus melangkah walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya. Dua klip video terbarunya dan kenangan manisnya di Jakarta semasa proses pembikinan menelan belanja sebanyak RM90,000, memang satu angka yang besar. Kos produksi video-video promosi itu semuanya ditanggung oleh syarikat penyanyi itu sendiri, MC Voices & Stars.

Suka dengan gaya ceria pemilihan warna sekata dan tak banyak corak… itulah Mila. Biar santai dan bersahaja tapi masih menampakkan jiwa remajanya.

Mila sekarang sedang sibuk mempromosikan produk kesihatan dan kecantikannya, LuvMILA. Tahniah kepada Mila sebab sekarang dah jadi bisnesman berjaya.

Meskipun berundur dari MC Voices & Stars Sdn Bhd (MCV) sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, namun gossip yang mengaitkan Bernard adalah sugar daddy Mila masih bersisa. Siap ada yang kata, pengunduran penyanyi itu sebab diorang bergaduh. Betul ke?

Mila rasa kesal dan sedih sebab ramai yang masih buat cerita dia dibela.

“Sebenarnya orang salah sangka. Ia bermula apabila Bernard terbabit dalam pembikinan klip video Aku Lebih Tahu dan Ilham Di Matamu. Ketika itu Mila masih bersama MCV tapi sekarang tidak lagi kerana Mila sudah keluar dari MCV dan menguruskan LuvMila Corporation. Tapi Bernard masih lagi aktif menguruskan album bersama Maestro. Isu ini timbul apabila cerita yang disampaikan tidak tepat. Dari individu A dan kemudian B, sudah tentu tanggapannya jadi lain. Mereka hanya buat andaian sendiri, jadi timbullah isu Sugar Daddy ini.” – [sumber]

Tahniah juga kepada Mila kerana telah tersenarai dalam Top 5 Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2008. Afundi Mila!

2346573721 1966C6F638 | 3

Gambar Mila masa Sidang Media Minggu Setiausaha Astro

2310167992 3F950Be139 | 4

Ini masa program untuk alam sekitar Go Green

1311779561 8Be9A9B0C0 | 5

Masa Premiere High School Musical di Cineleisure.

1311700215 54242B3Bd7 | 6

Suka warna yang ceria, itulah Mila.

1236516594 42E1D781B0 | 7

Mila masa mendapat bunga dari Ebi di showcase mereka di Planet Hollywood. Sekarang segalanya tinggal kenangan,

3340280445 D7D6Eef991 | 8

Mila masa majlis berbuka puasa anjuran majalah EH!

3341109504 E9D20D6520 | 9

Sekali sekala mengenakan pakaian kebaya Melayu, Mila tampak manis.

3341113950 72D67A2D58 | 10

Terbaru, Mila masa ditemui di Sidang Media Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular

3340284743 2F98119827 | 11

Peace No War!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H

Hiasan Trending Viral | 29

Han OIAM Sign Kontrak Jadi Artis Metadome